Heboh di media sosial baru-baru ini mengenai satu tangkap layar seorang pengguna Facebook pada bulan Februari mengatakan akan menceraikan isterinya talak tiga seandainya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih kekal menjadi Perdana Menteri hingga Ogos lalu.

Tindakan lelaki itu telah mengejutkan orang ramai sehingga mendapat perhatian menteri agama yang mengulas isu terbabit.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar, dari sudut hukum, apa-apa pun taklik tidak boleh ditarik balik apabila telah dilafazkan.

Artikel berkaitan: “Saya hanya mahu tahu status saya” – Isteri Calon PRN Terengganu Dakwa 9 Bulan Digantung Tak Bertali?


Sehubungan itu, beliau menasihatkan pemilik akaun terbabit dan isterinya untuk memfailkan permohonan di mahkamah bagi mengesahkan perceraian tersebut.

Jelasnya, hanya hakim syarie yang boleh menentukan sama ada taklik tersebut jatuh ataupun tidak.

Dakwa posting diedit

Susulan isu itu, pemilik akaun tersebut tampil menafikan pernah memuat naik hantaran sedemikian dan mendakwa status asal dalam laman sosial tersebut yang memaparkan gambarnya bersama isteri telah di sunting pihak tertentu sehingga menimbulkan fitnah.

“Saya bukan siapa-siapa pun hidup biasa-biasa sahaja, kerja pun biasa sebagai pengawal keselamatan, tapi sudah satu bulan hal saya sudah tular diperkatakan dan dibincang bukan sahaja bertaraf menteri tapi termasuk dalam kalangan Assatizah agama terkenal turut menyentuh ‘kononnya saya bertaklik tiga’ di Facebook,” katanya.

Tambahnya, dia akan melalui fitnah tersebut dengan penuh kesabaran serta berharap saudara seagama yang lain menahan diri daripada terjerumus dalam dosa besar.

Melihat isu ini juga, netizen memberi saranan agar individu terbabit merujuk kes ini ke mahkamah supaya tiada keraguan dalam status perkahwinan mereka.

Sumber: Malaysia Gazette, Astro Awani, Facebook

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *