Dewan Rakyat kecoh semalam apabila Ahli Parlimen Putrajaya, Mohd Radzi Jidin bangkit meminta Speaker, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan PMX yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan yang didakwa sebagai sangkaan jahat terhadapnya.

Menurut Sinar Harian, perkara itu berlaku ketika PMX menjawab mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa penggulungan perbahasan usul berkenaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, semalam.

Artikel berkaitan: “Siapa yang nak mengendap tu YB?” – Netizen Keliru Dengar Hujah MP Langkawi Di Parlimen

Artikel berkaitan: “Macam baru semalam berkempen untuk ayah” – Anak Sebak Cabut Plat Nama Arwah Salahuddin Ayub Di Parlimen

Situasi kemudian menjadi hangat apabila Anwar menyentuh Radzi Jidin (Putrajaya) pernah membuat perkara sama semasa pentadbiran terdahulu dengan merujuk Siti Aisyah yang dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan membunuh warga Korea Utara, Kim Jong-Nam, selepas pendakwa raya menggugurkan pendakwaan terhadapnya pada Mac 2019.

“Saya pantang orang yang tidak bercakap benar” 

Menerusi perkongsian Radzi di TikTok, dia tampil menjelaskan tindakannya di Dewan Rakyat dengan mengatakan dia hanya mahu mempertahankan maruah selain menyifatkan pantang dengan manusia tidak jujur.

@drradzijidin

Hari hitam buat Parlimen Malaysia! Saya pantang dengan orang yang tidak bercakap benar. Saya juga akan sentiasa pertahankan maruah dan integriti diri. Saya bangun menuntut keadilan dan apabila YAB Tambun sesuka hati membuat tuduhan. Kerana menegakkan kebenaran, saya diminta keluar dewan! Sahabat semua nilaikanlah sendiri kerajaan PH-BN ini. #DRJ #fypシ #fypmalaysia #PerikatanNasional #fyp

♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano – ISAo

Jadi bila dengar perkara ini, saya pantang orang yang tidak bercakap benar dan akan pertahankan maruah saya. 

“Atas dunia ini, saya tak takut dengan sesiapa kecuali ALLAH SWT. 

“Sebab itu saya bangun untuk mempertahankan maruah, meminta supaya Anwar tarik balik tuduh beliau tuduhan beliau terhadap saya,” katanya.

Radzi juga mendakwa, Anwar telah memutarbelitkan kenyataan dengan mengatakan beliau tidak maksudkan Ahli Parlimen Putrajaya tapi sebaliknya pemerintahan sebelum ini.

Sumber: Astro Awani, Sinar Harian, TikTok

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *