Makan Tiga Kali Sehari Perancis

Satu Daripada Lima Rakyat Perancis Tak Mampu Makan Tiga Kali Sehari

Laporan terbaru mendedahkan bahawa satu daripada lima rakyat Perancis dikatakan tidak mampu untuk makan tiga kali sehari atau makan secara sihat, lapor The Local.

Ekoran pendedahan itu, kerajaan Perancis kini bersedia untuk membentangkan rancangan kemiskinan yang telah lama ditunggu-tunggu pada hari ini.

Tinjauan itu telah dijalankan oleh Secours Populaire (French Popular Relief), sebuah pertubuhan yang berdedikasi untuk memerangi kemiskinan dan diskriminasi.

Menurut tinjauan itu, satu perlima daripada rakyat Perancis yang ditinjau berkata mereka tidak mampu untuk mengamalkan diet sihat.

Diet pemakanan yang dimaksudkan adalah dengan mengamalkan makan tiga kali sehari.

Sebanyak 27 peratus daripada peserta tinjauan berkata bahawa mereka tidak mempunyai wang untuk membeli buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Bagi 86 peratus daripada mereka yang berpendapatan rendah, memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar adalah masalah yang paling kerap dihadapi.

Lebih satu daripada dua orang Perancis dengan pendapatan bulanan kurang daripada 1,200 pound sterling (RM7,000) berkata, mereka menghadapi kesukaran membayar makanan sekolah anak-anak.

Selain itu, hampir separuh iaitu 48 peratus mendapati sukar untuk mengamalkan diet yang pelbagai.

Sebanyak 59 peratus lagi rakyat Perancis mengakui bimbang berada dalam keadaan kewangan yang tidak menentu berbanding sebelum ini.

“Hak untuk makanan tidak dipenuhi di negara kita,” kata Setiausaha Kebangsaan Secours Populaire, Richard Beninger kepada akhbar Perancis.

Tinjauan itu juga mendedahkan bahawa percutian dan kesihatan kekal sebagai penyumbang kepada masalah perbelanjaan bagi orang Perancis.

Sebanyak 41 peratus mengakui sukar untuk bercuti setahun sekali dan hampir satu daripada tiga orang mengaku sukar untuk membayar prosedur perubatan.

Bagaimanapun, Secours Populaire berkata secara amnya keadaan kewangan rakyat Perancis telah bertambah baik berbanding tahun 2017 lalu.

Sebanyak 39 peratus mengatakan bahawa mereka telah mengalami kemiskinan sebanyak dua peratus lebih tinggi pada tahun 2017.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Tinjauan itu juga menunjukkan bahawa orang Perancis bimbang tentang keadaan kewangan yang menanti anak-anak mereka.

Lebih 80 peratus percaya bahawa generasi masa hadapan akan lebih terdedah kepada kemiskinan berbanding generasi sekarang.

Sementara itu, tinjauan tahun ini konsisten dengan 2017 apabila orang Perancis menganggap seseorang itu miskin jika pendapatan mereka kurang 1,200 pound sterling.

Dalam pada itu, kerajaan Perancis dikatakan telah bersedia untuk mendedahkan rancangan mereka dalam memerangi kemiskinan pada hari Khamis.

Pendedahan itu dibuat selepas Presiden Perancis, Emmanuel Macron diserang kerana menangguhkan pertandingan untuk Piala Dunia pada Julai.

Sumber: The Local

The post Satu Daripada Lima Rakyat Perancis Tak Mampu Makan Tiga Kali Sehari appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *