Seorang wanita dari Thailand, Sararat Rangsiwuthaporn telah ditahan oleh pihak polis selepas dipercayai membunuh seramai lebih 14 orang mangsa menggunakan racun sianida.

Wanita yang juga isteri kepada pegawai kanan polis di Thailand ini telah digelar sebagai pembunuh bersiri paling teruk dalam sejarah negara tersebut.

Perbuatan kejam Sararat yang dipercayai telah dilakukan sejak dari tahun 2015 sehingga 2023 ini terbongkar selepas beberapa ahli keluarga telah membuat laporan polis mengatakan tentang kecurigaan mereka terhadap wanita ini.

Artikel berkaitan: Mary Ann Cotton: Pembunuh Bersiri Zaman Victoria Yang Membunuh Guna ‘Tea Pot’ Beracun

 

Artikel berkaitan: “Banyak guna racun” – Ini 7 Pembunuh Bersiri Wanita Paling Terkenal Di Dunia

Bagaimana jenayah Sararat Rangsiwuthaporn terbongkar

Police Am3.Jpg

Sararat Rangsiwuthaporn yang berusia 36 tahun ini telah menjadi suspek utama polis selepas kematian salah seorang rakannya ketika mereka pergi bercuti bersama-sama pada April lalu.

Wanita ini dan rakannya, Siriporn Khanwong telah pergi ke wilayah Ratchaburi di mana mereka turut menjalani ritual perlindungan penganut Buddha di sungai di sana sebelum mayat Siriporn telah ditemui tanpa telefon bimbit, beg atau duit. Manakala laporan bedah siasat menunjukkan ada kesan sianida dalam badan.

Ibu Siriporn terus mengesyaki Sararat yang dikatakan baru sahaja mula berkawan dengan anaknya itu. Malah wanita ini turut memberitahu suami Sararat tentang kecurigaannya selepas mengetahui bahawa suaminya itu seorang anggota polis.

Pihak polis kemudiannya telah mengumpulkan senarai beberapa individu lain yang berusia di antara 33 sehingga 44 tahun yang meninggal dunia selepas berhubung dengan Sararat.

Keluarga-keluarga mangsa pula mengatakan bahawa barang kemas dan wang mereka berjumlah dari 60,000 baht ke 300,000 baht telah hilang dari mangsa dan akaun bank mangsa.

Apabila Sararat ditahan, polis menemui satu botol sianida yang di bawa bersama-samanya.

Motif pembunuhan

129514552 Thumbnail Image001

Polis Thai mengesyaki bahawa modus operandi Sararat adalah untuk berkawan dengan orang-orang kaya dan meyakinkan mereka untuk pergi bercuti bersama atau makan bersama. Wanita ini kemudiannya akan membunuh mangsa-mangsanya dengan memberikan pil sianida sama ada sebagai ubat herba atau mencampurkan pil tersebut ke dalam makanan dan minuman mereka.

Ini kerana majoriti mangsa-mangsa Sararat merupakan orang meminjamkan wang kepadanya manakala yang lain adalah orang yang dia curi.

Malah salah seorang mangsanya telah terselamat dari diracun, mangsanya ini menceritakan bahawa dia berasa sesak nafas, hilang deria dan lemah anggota badan selepas mengambil pil yang ditawarkan oleh Sararat di sebuah pusat beli-belah di Kanchanaburi. Suspek juga ada meminjam wang sebanyak 250,000 baht kepada mangsa.

Kalau korang nak tahu, motif Sararat ni seiring dengan kajian jenayah di mana biasanya pembunuh bersiri wanita akan membunuh bagi mendapatkan keuntungan dari orang-orang yang dekat dengannya. Berbeza dengan pembunuh bersiri lelaki yang motif mereka biasaya melibatkan keinginan seksual.

Sararat nafi bunuh mangsa-mangsa tersebut

230504130449 01 Am Thailand Alleged Poison Serial Killer

Sararat telah ditahan selepas satu rakaman CCTV menunjukkan mangsa terbarunya tak sedarkan diri selepas bersama dengannya ketika melancong.

Wanita itu menafikan bahawa dia telah melakukan pembunuhan-pembunuhan ini namun mengaku ada menggunakan sianida.

Malah pihak berkuasa di sana telah memanggil kes ini sebagai kes yang bersejarah ekoran angka kematian yang tinggi.

Thailand mempunyai pembunuh bersiri sebelum ni, tapi angka kematian tidak setinggi ni.”

Sararat kini berhadapan dengan sebanyak 80 pertuduhan termasuk keracunan sianida, pemalsuan, kecurian dan pembunuhan terancang, yang membawa hukuman mati.

Dia kini ditahan di dalam penjara dan tak dibenarkan untuk diikat jaman kerana mahkamah memutuskan bahawa Sararat mempunyai potensi untuk melarikan diri.

Selain itu, bekas suami Sararat yang juga pegawai polis itu dan kakaknya yang merupakan seorang ahli farmasi turut dipanggil untuk disoal siasat.

Kalau korang nak tahu, ketika wanita ini ditahan pada April lalu, dia sedang mengandung dan mengikut undang-undang, wanita mengandung akan terselamat dari dikenakan hukuman mati, pun begitu, kerana dia keguguran ketika dalam tahanan, Sararat sekaligus tak layak menerima perlindungan tersebut.

Tak cukup dengan itu, pihak polis juga menegaskan bahawa kesihatan mental Sararat adalah dalam keadaan yang baik dan membolehkan dia untuk menjalani perbicaraan serta tak terkecuali dari dikenakan hukuman mati.

Sebagai info, sianida boleh dikesan di dalam mayat walaupun selepas beberapa bulan kematian dan racun ini juga bertindak dengan pantas dan akan menyebabkan beberapa simptom seperti lemah, mula, keliru, sakit kepala, sukar bernafar, sawan, tak sedarkan diri dan serangan jantung.

Pendedahan terhadap sianida ini sangat mengancam nyawa dan seseorang itu perlu mendapatkan rawatan perubatan secepatnya.

Sumber: wion

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *