Cabaran mencari rezeki pada masa sekarang amatlah sukar. Ramai rakyat Malaysia terpaksa mencari pendapatan tambahan untuk menampung komitmen lebih-lebih lagi jika hidup di bandar.

Oleh sebab itu, ada segelintir daripada kita mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan namun menceburi bidang ini bukanlah mudah.

Artikel berkaitan: Penuhi Impian Adik Autisme Mahu Belajar Berniaga, Kakak Buka ‘Kedai Seringgit’

Artikel berkaitan: “Respek akhlak demo” – Syahmi Sazli Tutup Perniagaan, Taknak Sebabkan Kesesakan Jalan

Walau bagaimanapun tular di media sosial TikTok, seorang influencer @bosmel telah berkongsi satu video menunjukkan satu pasangan yang berniaga roti canai dan makanan yang lain pada waktu malam.

@bosmel

ibu mengandung tapi tetap kerja keras tolong suami 🥲

♬ original sound – Bosmel – Bosmel

Menerusi video berdurasi 2 minit 37 saat itu, seorang lelaki dan isterinya sedang menguruskan perniagaan mereka di gerai foodtruck mereka. Apa yang mengagumkan, si isteri pada waktu itu sedang mengandung! Betul-betul kuat ye bakal ibu ni!

Rezeki pasangan ini, pesanan yang diambil agak banyak pada malam itu menyebabkan si suami dan isteri agak sibuk dan belum rehat lagi demi menyiapkan pesanan pelanggan.

Dalam masa yang sama, ada juga pelanggan yang menambah pesanan mereka namun influencer ini berkongsi rezekinya kepada semua pelanggan gerai itu.

Sayu melihat keadaan ibu mengandung itu, Bosmel bertanya kepadanya adakah dia sudah cukup rehat? Jawab si suami, isterinya akan rehat pada waktu pagi dan sampai sekarang dia masih lagi mencari pekerja untuk gerai itu.

Di pertengahan video, Bosmel amat terkejut umur lelaki dan pasangannya itu adalah 21 dan 20 tahun. Tambah lelaki itu ketika dia berumur 13 tahun, keluarganya sangat susah sehingga tidak mampu meneruskan persekolahan atas faktor kewangan.

Dia terpaksa melakukan dua pekerjaan pada ketika itu iaitu bekerja pada waktu pagi dan berniaga roti canai pada waktu malam walaupun kesihatan tidak mengizinkan.

Selain daripada berkongsi rezeki kepada pelanggan, Bosmel juga ada memberi wang lebihan kepada pasangan ini tetapi tidak dapat dipastikan berapa jumlahnya.

Di ruangan komen, ramai netizen memuji kematangan yang ditonjolkan oleh dua pasangan ini kerana umur mereka yang sangat muda. Masing-masing mendoakan agar mereka dipermudahkan urusan.

Bosmel 2

Bosmel 1

Bosmel 3

Sumber: TikTok

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *