Sebagai rakyat Malaysia, kita pasti pernah bertemu dengan stranger yang sudi membantu kita di kala kesusahan. Banyak kisah yang telah dirakam di media sosial menunjukkan rakyat Malaysia ini baik hati membantu antara satu sama lain tidak kira agama ataupun bangsa.

Artikel berkaitan: “Banyak je orang baik sebenarnya” – Pemandu Grab Cina Ni Baik Hati Layan Gadis Pergi Bazar Beli Makanan Berbuka

Artikel berkaitan: “Tuhan hadirkan dermawan bantu saya” – Pemilik Bengkel Ambil Upah Baik Pulih Kenderaan RM1

Baru-baru ini, sekumpulan anak muda lelaki telah membuktikan akhlak baik mereka yang membantu seorang nenek berkerusi roda naik MRT.

@nofvcx

Simpan buat kenangan ❤️

♬ original sound – Healing – DC ONLINE MARKETING

Video yang dikongsi oleh @nofvcx di TikTok menceritakan dia dan rakan-rakannya sedang melepak di kaki lima. Kira-kira jam 4 pagi mereka ternampak seorang wanita warga emas sedang duduk di atas kerusi rodanya di tepi jalan.

Nenek yang kelihatan uzur itu sedang menunggu MRT buka pada jam 5.30 pagi. Oleh itu, mereka pun menemani nenek itu dan meminta dia tidur terlebih dahulu. Setelah stesen MRT buka, mereka bersama-sama menolong nenek ini pergi ke stesen.

Mereka bertanya adakah nenek tersebut sudah makan? Nenek itu menjawab sambil gelak bahawa dia sudah makan separuh manakala separuh lagi akan disimpan untuk makan pada waktu lain.

Dalam video tersebut, warga emas itu ada menyatakan kakinya sedang sakit tetapi jika dia pergi ke hospital pasti akan ditahan wad. Dia turut meluahkan bahawa tiada siapa yang akan menjaganya di hospital kerana suaminya telah tiada manakala tiga orang anak perempuannya pula pergi mengikut suami.

Anak perempuannya ada menyewakan rumah tetapi di tingkat 2. Disebabkan tidak boleh berjalan, dia terpaksa turun tangga secara mengesot.

Setelah tren MRT sampai di stesen, mereka juga membantu nenek itu masuk ke dalam tren sebelum meninggalkan nenek tersebut.

“Nenek pesan belajar sungguh-sungguh, jangan nakal-nakal, nanti boleh belajar luar negara” – nofvcx

Terima kasih orang baik

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur kerana nenek itu dipertemukan dengan orang yang baik. Mereka kagum dengan budi pekerti sekumpulan lelaki ini membantu orang dalam kesusahan walaupun tidak dikenali.

Pagi 1 Pagi 2

Pagi 2 Pagi 3

Baiknya diorang ni.. moga sentiasa murah rezeki!

Sumber: TikTok

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *