Malaysia yang terkenal dengan rakyatnya yang berbilang kaum ini pasti mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Walaupun bahasa kebangsaan kita ada Bahasa Melayu, ada juga antara kita yang mampu bertutur dalam bahasa Mandarin, Tamil dan sebagainya.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Sorang Melayu Sorang Cina, Tapi Sembang Dalam Bahasa Tamil, Terbaik Aunties!

Artikel berkaitan: “Muka cina” – [VIDEO] Netizen Suka Tengok Lelaki Melayu Ini Fasih Cakap Bahasa Tamil

Baru-baru ini viral di media sosial seorang kanak-kanak lelaki berbangsa Cina fasih bercakap dalam bahasa Tamil. Video yang dimuat naik oleh @kartik_suresh menunjukkan dia dan anak jirannya, Kai Kai sedang sibuk membuat mango lassi.

@kartik_suresh

#tamiltiktok #chineseboy #malaysian #fypシ

♬ original sound – 𝗞αятιк 𝗦υяєѕ𝗛 – 𝗞αятιк 𝗦υяєѕ𝗛

Di awal video ketika Kartik sedang mengupas buah mangga, Kai Kai ada memberitahunya bahawa jika menggunakan epal dan anggur air itu boleh menjadi lebih manis. Kemudian, Kai Kai bertanya kepada Amma, ibu Kartik adakah mereka mempunyai epal di rumah.

Apa yang menghiburkan ialah ketika Kai Kai menyuruh Kartik untuk cepat, dia bercakap dalam bahasa Inggeris namun slang nya berbunyi seperti orang berbangsa Cina. Dalam video yang lain, Kai Kai yang dikatakan rapat dengan keluarga jirannya, seringkali ikut menyambut perayaan bersama keluarga Kartik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargenet meninggalkan komen positif dan kagum dengan kebolehan Kai Kai yang boleh berbahasa Tamil.

Kaikai 1

Kaikai 2

Kaikai 3

Betul-betul satu Malaysia ye!

Sumber: TikTok

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *