Pasukan bomba dan penyelamat di Malaysia bukan sahaja bertugas untuk memadamkan kebakaran dan menyelamatkan mangsa dalam kemalangan jalan raya, namun mereka juga boleh menyelamatkan haiwan seperti kucing dan anjing yang dalam kesusahan.

Namun, kali ini seorang wanita berusia 31 tahun menjadi perhatian netizen apabila dia telah ke balai bomba untuk meminta tolong pihak bomba untuk membantu menyelesaikan masalah sikat yang tersekat pada rambut anak perempuannya yang berusia tiga tahun.

Memetik laporan Buletin TV3, wanita tersebut yang dikenali sebagai Hakimah Zahir telah berkongsi video rambut anaknya yang tersekat pada sikat telah dibantu oleh bomba di TikTok.

Dalam video yang berdurasi selama 26 saat itu, dapat dilihat rambut anaknya itu telah tersekat pada sikat dan sukar untuk dileraikan jika tidak digunting.

Namun, abang bomba dilihat tiada masalah untuk membantu dan kanak-kanak tersebut juga duduk diam ketika dibantu oleh bomba.

Artikel Berkaitan : Tular Video Ular Senduk ‘Menyorok’ Bawah Budak, Bomba Berjaya Tangkap Haiwan Berbisa

Difahamkan, wanita tersebut telah mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkan sikat rambut itu namun tidak berjaya.

Dia tidak menggunting rambut anaknya semata-mata untuk mengeluarkan sikat tersebut atau ke salon untuk digunting rambut anak kerana jika boleh, dia ingin elakkan dari rambut kanak-kanak itu digunting.

Mungkin maknya takut rambut anak dia rosak la kot kan. 

Jadi, akhirnya dia memutuskan untuk membawa anaknya itu ke balai bomba di Sungai Buloh agar bomba boleh membantu mengeluarkan sikat itu dari terus terbelit pada rambut anaknya.

Menurut wanita itu, tak sampai 15 minit, perkara itu selesai kerana dibantu oleh bomba.

Walau bagaimanapun, tindakan wanita ini telah mengundang kecaman netizen kerana ada yang berpendapat bahawa tindakannya itu telah menyusahkan pihak bomba.

Selain itu, ada juga yang berpendapat perkara itu dapat diselesaikan dengan mudah jika ibu tersebut menggunting rambut anaknya kerana bagi netizen, rambut boleh tumbuh semula.

1 4

Namun, ibu berkenaan pula mengatakan dia hanya berkongsi video tersebut hanya suka-suka dan untuk dijadikan kenangan ketika membesarkan anak perempuannya itu.

Sumber: X

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *