tiga individu tanpa pasport

Ramai Tak Tahu, Tiga Individu ‘Elit’ Ini Boleh “Travel” Seluruh Dunia Tanpa Passport

Pada zaman moden ini, setiap orang memerlukan pasport untuk merentasi sempadan antarabangsa. Tidak kira sama ada anda orang awam biasa ataupun pemimpin berpengaruh dunia, anda memerlukan pasport jika mahu melintasi sempadan negara lain.

Pasport ialah satu dokumen rasmi yang dapat mengesahkan kewarganegaraan seseorang individu. Selain itu, buku kecil ini juga merupakan dokumen perjalanan yang dapat memberikan pengesahan bahawa anda sedang berada di luar negara.

Namun tahukah anda, terdapat tiga individu di dunia ini dikecualikan daripada peraturan di atas. Tiga individu ini tidak memerlukan dokumen tersebut apabila mahu mengembara meninggalkan negara mereka.

Ketika pemimpin-pemimpin dunia telah dibolehkan untuk ke sesuatu negara tanpa menggunakan visa atas sebab hubungan diplomatik, hanya segelintir individu sahaja yang dibernarkan untuk mengembara ke sekeliling dunia tanpa menggunakan pasport.

Siapa yang boleh pergi ke luar negara tanpa menggunakan pasport?

Maharaja dan Maharani Jepun
tiga individu tanpa pasport
Kredit: AFP

Pasport negara Jepun merupakan salah satu pasport yang paling berkuasa di dunia. Dengan memiliki dokumen perjalanan ini, rakyat Jepun dapat mengunjungi lebih 189 buah negara tanpa menggunakan visa.

Menariknya, keluarga monarki Jepun langsung tidak memerlukan pasport jika mahu. Maharaja Narihito, pemimpin ke-126 keluarga diraja Jepun dan isterinya, Maharani Masako bebas untuk memasuki negara lain tanpa dokumen pengenalan tersebut.

Pemegang takhta sebelumnya, Maharaja Akihito dan isterinya, Maharani Michiko juga tidak pernah memiliki sebarang pasport.

Menurut Kementerian Luar Jepun, adalah tidak sesuai untuk mengeluarkan pasport kepada Maharaja dan Maharani negara tersebut.

Namun, Maharaja dan Maharani Jepun perlu menunjukkan dokumen perjalanan khas yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Jepun apabila tiba di sesebuah negara.

Kementerian Luar Jepun juga akan memaklumkan negara-negara yang mahu dikunjungi Maharaja dan Maharani sebelum kedua-duanya memulakan perjalanan.

Dalam pada itu, pasport diplomatik turut dikeluarkan kepada beberapa ahli keluarga dalam kerabat diraja termasuklah Putera Mahkota Fumohito dan Puteri Kiko.

Raja Charles III
tiga individu tanpa pasport
Kredit: AFP

Pemimpin monarki United Kingdom terbaharu, Raja Charles III, juga dilaporkan tidak memiliki pasport. Mendiang Ratu Elizabeth II yang juga merupakan ibu kepada Raja Charles, turut tidak memiliki dokumen perjalanan ini.

Menurut undang-undang kerajaan UK, pasport British dikeluarkan di atas nama keluarga monarki tersebut. Jadi, tiada keperluan untuk raja mereka memiliki pasport berkenaan.

Walau bagaimanapun kerabat diraja yang lain, termasuklah Ratu Camilla dan Putera William perlu membawa pasport apabila mereka mahu meninggalkan negara.

Buat pertama kali juga, UK mengeluarkan pasport versi baharu di atas nama Raja Chales III. Sebelum kemangkatan Ratu Elizabeth II, pasport UK dikeluarkan di atas nama baginda.

Fakta menarik lain, Raja Charles juga tidak memerlukan lesen untuk memandu kereta sama ada di UK mahupun di luar negara.

BACA: Siap Ada Taman Permainan & Hotel Kapsul, Terpukau Melihat Kemudahan Di Masjid MADAD

Sumber: Travel And Leisure Asia , CNBC TV

The post Ramai Tak Tahu, Tiga Individu ‘Elit’ Ini Boleh “Travel” Seluruh Dunia Tanpa Pasport appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *