Benarlah kata orang tua, seorang ibu boleh melahirkan dan membesarkan 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum tentu lagi dapat menjaga seorang ibu.

Ada segelintir anak-anak begitu sibuk dengan urusan kerja, memberi pelbagai alasan bagi mengelak daripada tanggungjawab menjaga ibu bapa mereka yang sudah tua.

Mereka sanggup menghantar ibu bapa ke rumah orang tua dengan harapan kehidupan mereka menjadi lebih teratur kerana ada pihak yang akan menguruskannya.

 “Alhamdulillah! Dah mati pun ayah mak aku.”

Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas, Norijah Bidin berkongsi pengalaman ada segelintir anak yang bersikap umpama si tanggang apabila menyatakan rasa lega selepas dimaklumkan berita kematian ibu bapa mereka yang ditempatkan di pusat jagaan.

Malah, waris-waris ini gagal tampil bagi mengurus pengebumian ibu bapa mereka dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

Tidak menguruskan pengembumian, tetapi golongan ini secara tiba-tiba tampil semata-mata bagi menuntut kad pesara, kad pengenalan, sijil kematian dan dokumen berkaitan.

Kata Norijah, ada seorang anak kepada penghuni yang kebiasaannya akan tampil bagi mendapatkan duit poket daripada bapanya juga bersikap lepas tangan selepas menerima berita kematian bapanya.

20130403 100339

“Dia yang memiliki kereta mewah, biasanya ke sini sebulan sekali bagi mendapatkan duit poket RM200 daripada bapanya dan apabila kami memaklumkan bapanya sudah tiada, dia berasa lega dengan menyatakan kesyukuran.

“Akibat keluarganya tidak menunjukkan minat bagi mengendalikan urusan terakhir bapanya, kami menanggung segala-galanya.

“Kami tidak pernah menganggap ia sebagai bebanan namun kesal dan khuatir sekiranya ia akan menjadi trend dan budaya generasi pada masa depan,” katanya.

Menurutnya, hanya 30 peratus waris yang bersikap tanggungjawab menjelaskan yuran bulanan penjagaan ibu bapa mereka dan selebihnya berlepas tangan walaupun sebenarnya mampu untuk menampung kos bayaran.

Sementara ibu bapa masih lagi ada, buatlah yang terbaik supaya tidak menyesal suatu hari nanti.

Sumber: Berita Harian

Baca: Tergamaknya! Staf Kesihatan Dedah Hujung Ramadan Ramai Hantar Ibu Bapa Ke Hospital Sebab…
Hantar Ibu Bapa Ke Hospital Raya

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *