qari Muhammad qayyim banglo kerajaan kelantan

Qari Muhammad Qayyim Terima Hadiah Banglo Bernilai RM428,500 Dari Kerajaan Kelantan

Kerajaan Kelantan memberikan hadiah berupa sebuah banglo bernilai M428,500 kepada Johan Qari Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi pada Khamis.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud telah memaklumkan perkara tersebut pada akhir Majlis Amanat Menteri Besar Kelantan semalam.

Jelasnya, pemberian tersebut sebagai tanda penghargaan kepada Muhammad Qayyim Nizar yang telah mengharumkan nama negeri dan negara Malaysia pada peringkat antarabangsa.

“Saya juga ingin mengumumkan bahawa Kerajaan negeri Kelantan menyediakan sebuah rumah banglo kepada johan Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa iaitu kepada Muhammad Qayyim Nizar.

“Nilai harga rumah banglo tersebut ialah RM428,500,” katanya ketika berada di Kota Darulnaim.

Lebih menarik, Johan Qari MTHQA itu telah menerima hadiah tersebut pada hari kelahirannya iaitu, pada tanggal 7 September.

Guna al-Quran Braille tidak halang Qayyim daripada merangkul gelaran johan

Difahamkan, Muhammad Qayyim Nizar (25), ialah orang kurang upaya (OKU) penglihatan dan menggunakan al-Quran braille.

Ketika acara berprestij berlangsung, beliau meraih markah yang membanggakan iaitu kira-kira 94.96 peratus. Jumlah ini telah mengalahkan peserta dari Iran, Alireza Bizhaniavval yang memperoleh 93.30 peratus.

Manakala, waki Brunei Darussalam, Awang Mohd Zul-Hafiz Awang Tengah pula di mendapat tempat ketiga dengan catatan markah 90.38 peratus.

Kata Qayyim, dirinya amat bersyukur kerana usahanya selama 16 tahun mendalami dan mempelajari kemahiran bacaan al-Quran menggunakan naskhah Braille membuahkan hasil pada MTHQA kali ini.

“Perasaan saya gembira ada, sebak ada… bagi saya, kita kena ada minat dalam bidang tarannum, saya sarankan untuk kita semua belajar tarannum sebab ia boleh buat kita rasa seronok dan kita boleh bawa bacaan dalam solat,” ujarnya.

Beliau turut memberikan sekalung penghargaan kepada ayah serta keluarga yang sentiasa menyokongnya dalam bidang itu.

Sebelum ini, anak kelahiran Kelantan itu turut menjuarai Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1444H/2023M.

Qayyim juga merupakan lepas Diploma Tahfiz al-Quran dan Ijazah Sarjana Muda Tahfiz di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

BACA: Elak Kemalangan, Ketahui Fungsi Garisan Di Lebuhraya & Cara Tukar Lorong Dengan Betul

Sumber: Sinar Harian

The post Qari Muhammad Qayyim Terima Hadiah Banglo Bernilai RM428,500 Dari Kerajaan Kelantan appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *