Drama bersiri Melur Untuk Firdaus mencipta fenomena di Malaysia tahun lepas, kejayaan drama tersebut turut disambut oleh peminat-peminat di Indonesia.

Dua teraju utama drama berkenaan Anna Jobling serta Meerqeen menjadi kegilaan ramai malah ada desas-desus yang mengatakan mereka menjalinkan hubungan percintaan dek kerana keakraban yang mereka tonjolkan.

Kedua-dua pelakon muda itu sering dilihat bersama selepas drama bersiri itu ‘meletup’. Pun begitu, ciapan terbaru Anna Jobling di X membuatkan ramai yang tertanya-tanya status hubungan mereka.

Artikel berkaitan: Ibu Dianggap Macam ‘Orang Gaji’ Dan Tak Sama Rupa, Ini Respons Anna Jobling…

Artikel berkaitan: “Annoyingnya” –  Netizen ‘Cringe’ Tengok Ratu Farah Bagi Pickupline Dekat Meerqeen

Malah, finalis Dewi Remaja itu turut repost satu ciapan yang berkata ‘inilah penamatnya’.

Tidak cukup dengan itu, menjengah ke laman Instagram pelakon Pasal Kau! itu, dapat dilihat bahawa semua gambarnya bersama Meerqeen sudah pun dipadam.

Sebelum ini, kedua-dua pelakon itu tidak pernah mengesahkan hubungan percintaan mereka berdua tetapi tidak juga menidakkan keakraban mereka.

Akhir-akhir ini, terdapat khabar angin yang kurang enak berkaitan Meerqeen dengan seorang pelakon wanita lain yang membuatkan ramai netizen berspekulasi, pun begitu setakat artikel ini ditulis masih belum ada kenyataan rasmi dari kedua-dua mereka.

Hmm, apa cerita pula ni?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *