Perkahwinan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan pasangan pilihannya Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah yang berlangsung baru-baru ini telah mengecewakan ramai gadis-gadis terutamanya di Brunei, Malaysia dan Indonesia.

Tapi ramai yang tak tahu sebenarnya ramai lagi tau putera raja dalam dunia ni yang dianggap sangat kacak dan ada antara dorang yang masih lagi single. Jadi kalau korang nak tahu siapa, jom baca dekat artikel bawah ni!

Artikel berkaitan: “Makanan dah berulat” – Menteri Brunei Beri Penjelasan Isu Makanan Rosak Masa Perkahwinan Putera Mateen

Artikel berkaitan: “She looks expensive!” – Makin Meningkat Remaja, Puteri Ameerah Anak Sultan Brunei Tarik Perhatian Netizen

1. Putera Carl Philip

4 Prcp Hero 1380X920 1

Putera dari Sweden ini merupakan anak kepada Raja Carl XVI Gustaf dan Permaisuri Silvia. Putera kacak ini telah pun mengahwini seorang bekas model Puteri Sofia pada Jun 2015 yang lalu dan telah pun dikurniakan dengan dua anak lelaki iaitu Putera Alexander dan Putera Gabriel.

Kalau korang nak tahu, Putera Värmland ini berada pada kedudukan keempat sebagai pewaris takhta Sweden.

Putera Harry

Prince Harry Mirror Court Case 060523 Tout 39300C14Ab5E4832B5349586F1Ab2Cdd

Siapa yang tak kenal dengan Putera Harry ni kan? Putera yang berasal dari United Kingdom ini merupakan anak kepada Raja Charles bersama Puteri Diana.

Putera Harry telah berkahwin dengan pelakon dari Amerika Syarikat, Meghan Markle pada tahun 2018 yang lalu dan dikurniakan dengan seorang anak Archie Harrison Mountbatten-Windsor.

Duke of Sussex ini memegang kedudukan keenam sebagai pewaris takhta Britain.

3. Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum

Sheikh Hamdan Bin Mohammed Bin Rashid Al Maktoum

Putera kacak dari Dubai ini merupakan Tengku Makhkota Dubai yang akan mengambil alih takhta bapanya nanti, Mohammed bin Rashid.

Sheikh Hamdan telah pun berkahwin dengan Sheikha Sheikha binti Saeed pada Mei 2019.

4. Pierre Casiraghi

Pierre Casiraghi 2 6E3B4Ec98Cac4D6D85E3141092B158B7

Putera dari Monaco ini merupakan anak kepada Puteri Hanover, Caroline dan Stefano Casiraghi. Dia telah pun berkahwin dengan bekas pelakon Beatrice Borromeo pada Julai 2015 dan mempunyai dua orang anak lelaki bernama Stefano dan Francesco.

Pierre Casiraghi memegang kedudukan kelapan sebagai pewaris takhta Monegasque. Kalau korang nak tahu, putera ini pernah mengikut jejak isterinya menjadi model untuk Dior.

5. Hussein bin Abdullah

53204420563 E57C1Ddbe8 4K 650D9A49504F0

Tengku Mahkota Jordan ini baru sahaja berkahwin dengan Puteri Rajwa pada Jun tahun lalu. Putera Hussein ini merupakan anak kepada raja Jordan, Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania. Perkahwinan diraja ini turut disertai keluarga diraja seluruh dunia termasuklah Putera William dan Puteri Kate, Tengku Mahkota Denmark, Putera Frederik dan Puteri Mary dan Puteri Hisako dari Jepun.

6. Putera Philippos

2021 1008 Greece02.Jpg

Putera Philippos merupakan salah seorang putera dari England. Ibu bapanya merupakan Raja Constantine dan Permaisuri Anne Marie.

Seperti putera lain dalam senarai ini, Philippos yang juga merupakan godson kepada Puteri Diana telah pun berkahwin dengan seorang anak jutawan, Nina Flohr pada tahun 2020 yang lalu.

Kalau korang nak tahu, Putera Philippos ini tidak memegang apa-apa kedudukan sebagai pewaris takhta kerana monarki Greek telah pun dimansuhkan pada tahun 1973.

7. Putera Mateen

Prince Mateen.jpg

Memang tak lengkap senarai putera paling kacak di dunia ni kalau tak masukkan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. Putera yang menjadi kegilaan ramai wanita ini baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama Dayang Anisha Isa Kalebic dan memegang kedudukan keenam sebagai pewaris takhta Brunei.

Kalau korang nak tahu, Putera Mateen ni merupakan anak kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama bekas isteri keduanya Puan Hajah Mariam binti Haji Abdul Aziz.

Sumber: Pop Sugar

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *