remaja bunuh rakan

Polis Tahan Remaja Lelaki Disyaki Bunuh Rakan Kerana Cemburu

TELUK INTAN — Dipercayai kerana cemburu, seorang remaja telah ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki, lapor Sinar Harian.

Penahanan remaja berusia 17 tahun itu dibuat selepas mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap dalam parit di Jalan Pasir Kampung Sungai Payung Rungkup minggu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, suspek telah ditahan di Hutan Melintang Sabtu lalu.

Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan kenalan dan jiran suspek di sebuah perumahan di Teluk Intan.

“Mayat mangsa telah dikenal pasti sebagai warga tempatan berusia 21 tahun.

“Susulan itu, satu tangkapan dilakukan ke atas suspek yang kemudiannya mengaku terlibat dalam kes bunuh berkenaan,” maklumnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, suspek mengaku telah membunuh mangsa pada 20 Ogos lalu sebelum membuang mayat di lokasi kejadian.

Difahamkan, punca kejadian dipercayai tercetus apabila mangsa dipercayai mengganggu teman wanita suspek hingga menimbulkan rasa cemburu suspek.

BACA JUGA: Mayat Terbakar Ditemui Di Kebun Kelapa Sawit

“Suspek telah direman selama tujuh hari sehingga 1 September ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, orang awam memaklumkan telah menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap dalam parit, lapor Sinar Harian.

Mayat ditemukan dalam keadaan mereput dengan beberapa kesan luka di bahagian tangan, kaki dan leher.

Penemuan itu dibuat kira-kira pada jam 4.48 petang pada 23 Ogos lalu.

Teman Lelaki Didakwa Bakar Kekasih Hamil

Terdahulu, seorang lelaki didakwa selepas bertindak membunuh kejam kekasihnya dengan menikam, mengelar perut dan membakarnya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, lapor Bernama.

Difahamkan, perselisihan faham itu dipercayai berpunca untuk menyembunyikan kehamilan luar nikah teman wanitanya yang disyaki seorang pelayan restoran.

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias, suspek yang merupakan bekas penuntut kolej itu telah membawa mangsa menaiki kereta dan seterusnya bertengkar dengan wanita berusia 21 tahun itu.

Suspek juga bertindak memukul di kepala sebelum membunuh di lokasi berkenaan sekitar 10 malam.

Sumber: Sinar Harian

The post Polis Tahan Remaja Lelaki Disyaki Bunuh Rakan Kerana Cemburu appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *