banduan enggan keluar

Polis Jadi Bingung Banduan Enggan Keluar Walau Dah Tamat Hukuman, Terpaksa Halau Balik Rumah

Gara-gara tidak mahu keluar daripada penjara walaupun telah tamat tempoh hukuman, seorang banduan di Indonesia terpaksa diusir oleh anggota polis kerana keengganannya meninggalkan tempat tersebut.

Lapor Mengerti, kisah lelaki yang merupakan banduan Polis Labuan, daerah Donggala telah dibincangkan secara meluas di media sosial, di mana pemilik akaun @sosmedkeras di Twitter memuat naik video berhubung perkara itu pada Rabu.

Menerusi video itu, ia menunjukkan tahanan enggan keluar daripada penjara hingga polis terpaksa melakukan perbicangan dengannya.

“Video itu dikongsi oleh anggota polis di Polis Labuan melalui saluran YouTube Ian Bapontar.

“Seorang banduan terpaksa diusir kerana tidak mahu keluar penjara walaupun telah dibebaskan,” memetik kapsyen video tersebut.

Video berdurasi satu minit dua saat itu memaparkan anggota polis sedang menyoal tahanan berkenaan sebab dia tidak mahu pulang ke rumah.

Polis kemudiannya bertanya, apakah sebab dia bertindak demikian meskipun telah diberikan kebebasan oleh pihak berkuasa.

Lalu lelaki itu menjawab, dia masih tidak mahu pulang kerana selasa berada di tempat tersebut.

Difahamkan, polis telah menyuruh banduan itu pulang sejak petang namun banduan itu masih bertegas tidak bergerak keluar daripada tempat tersebut.

Kejadian tersebut membuatkan polis berasa bingung kerana tahanan itu masih tidak mahu pulang dan mahu kekal di penjara walaupun setelah memujuknya.

“Bangun, kenapa diminta untuk pulang tetapi tidak mahu?” tanya polis itu.

“Saya belum mahu pulang tuan,” jawabnya.

“Dari petang tadi suruh pulang tetapi tidak mahu pulang.

“Sudah pulang,” arah polis itu lagi.

BACA: Banduan Bebas Dengan PBSL Tekad Berubah, Tak Mahu Siakan Peluang

Gelagat unik lelaki tersebut berbeza dengan kebanyakan banduan lain, di mana mereka mahu pulang secepat mungkin selepas diberikan kebenaran untuk pulang.

Anggota polis tersebut tidak mempunyai cara yang lain, selain mengusirnya keluar daripada tempat itu dan memintanya untuk pulang ke rumah.

Bagaimanapun, tindakan tahanan tersebut masih tidak diketahui secara tepat mengapa dia masih berat hati untuk pulang dan mahu tinggal di penjara.

Pun begitu, beberapa netizen turut membalas video tersebut, malah ada yang mengatakan kehidupan di luar penjara sememangnya sukar.

“Menurutnya, dunia luar lebih kejam daripada penjara,” kata pemilik akaun @dixonrendy.

Sumber: Mengerti

The post Polis Jadi Bingung Banduan Enggan Keluar Walau Dah Tamat Hukuman, Terpaksa Halau Balik Rumah appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *