Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin negara luar pertama diberikan penghormatan menyampaikan khutbah Jumaat di masjid Islamic Cultural Centre New York (ICCNY).

Masjid tersebut merupakan masjid pertama dibuka di kota New York pada 25 September 1995 serta turut menempatkan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Usai menyampaikan khutbah Jumaat, Anwar telah memimpin seorang lelaki, Andrew Vinals mengucap kalimah syahadah. Memetik laporan dari @bernamadotcom, ketika itu, Perdana Menteri baru saja hendak keluar dari dewan solat apabila diumumkan ada seorang lelaki yang berhasrat memeluk agama Islam.

Pihak masjid menyeru Anwar untuk menyempurnakan pengislaman lelaki itu di dalam ruangan masjid. Selepas Andrew menyempurnakan lafaz kalimah syahadahnya, seluruh jemaah masjid melaungkan takbir ‘Allahuakbar’ bagi menyambut kehadiran saudara baru.

Untuk rekod, deligasi Malaysia bersama Perdana Menteri berada di sini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

 

Baca: PMX Mengislamkan Saudara Baharu Di Masjid Klang

Screenshot 2023 09 23 At 2.25.55 Pm

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *