pm sashimi ikan jepun selamat dimakan

PM Jepun Makan Sashimi, Nak Buktikan Produk Laut Negaranya Selamat

Perdana Menteri (PM) Jepun, Fumio Kishida telah menikmati hidangan sashimi (hirisan ikan mentah) ketika makan tengah hari pada Rabu untuk membuktikan ikan di negara tersebut selamat dimakan.

Beliau berbuat demikian bersama tiga orang menteri sebagai satu usaha untuk membuktikan produk makanan laut di Jepun selamat.

Media tempatan melaporkan, hidangan sashimi yang dihidangkan kepada mereka merupakan hasil tangkapan di perairan Fukushima.

Ikan yang digunakan untuk menghasilkan hidangan tersebut telah ditangkap kira-kira seminggu selepas pelepasan sisa air terawat.

Sebelum ini, keputusan kerajaan Jepun untuk melepaskan sisa air terawat dari kemudahan nuklear mencetuskan kebimbangan orang ramai.

“Hidangan termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan itu adalah dari Fukushima. Makan tengah hari yang ditunjukkan kepada umum itu adalah sebagai bukti komitmen beliau untuk memulihkan reputasi komuniti terlibat industri perikanan di wilayah itu.

“Ia adalah penting bagi menunjukkan bagaimana produk makanan itu selamat berdasarkan bukti saintifik untuk disebarkan kepada umum terutamanya di luar Jepun,” jelas Menteri Ekonomi dan Industri, Yasutoshi Nishimura.

Nishimura dilaporkan turut menghadiri mesyuarat tersebut bersama Kishida dan beberapa menteri lain.

Justeru, Kishida juga telah membuat lawatan ke pasar ikan Toyosu di Tokyo pada Khamis ini.

Lawatan ini adalah untuk mempromosikan produk makanan laut Fukushima susulan tindakan keras dari China susulan langkah pelepasan sisa air terawat terbabit.

Kerajaan China telah bertindak tegas dengan menyekat sebarang hasil tangkapan laut dari negara tersebut kerana khuatir akan kesan radiasi.

Manakala di Korea Selatan pula, Presiden Yoon Suk Yeol dilaporkan menjamu menu berasaskan ikan, tanpa rasa ragu-ragu.

Memetik laporan Agensi berita Yonhap, kafetaria pejabat presiden tetap menyediakan hidangan makanan laut pada minggu ini.

Tindakan ini diambil walaupun permintaan makanan laut semakin merosot disebabkan kebimbangan atas kesan pembuangan sisa air terawat radioaktif yang didakwa bakal memberi kesan besar kepada kesihatan orang ramai.

BACA: Ira Kazar Dedah Resepi Buat Sambal Sotong Kegemaran Suaminya, “Nak Lagi Ngam, Letak…”

Sumber: Sinar Harian

The post PM Jepun Makan Sashimi, Nak Buktikan Produk Laut Negaranya Selamat appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *