Tiga beranak ditemui maut dalam sebuah bilik di sebuah rumah dan semua tingkap serta pintu di rumah berkenaan ditutup rapat serta ditampal dengan pita pelekat.

Menurut laporan Berita Harian, pasukan patologi forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menemukan satu bekas arang dan pencucuh api yang diletakkan di bawah sofa di dalam bilik itu dan tempoh kematian tiga beranak itu dipercayai melebihi 24 jam.

Artikel berkaitan: Lelaki 40 Tahun Ditemui Maut, Keluarga Dakwa Pemilik Rumah Sengaja Kunci Dari Luar

Artikel berkaitan: “Tak sempat besar dengan ayahnya” –  Misteri Lelaki Hilang 9 Hari Terungkai, Mayat Ditemui Dalam Longkang

F5Dmmmnbuaa98Iv

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah pangsapuri yang terletak di Kampung Baru Ampang, Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata siasatan akan diteruskan bagi mengenal pasti motif dan mengesan sebarang unsur jenayah berkenaan kematian tiga individu tersebut.

Dalam laporan yang sama, difahamkan pihak polis menerima laporan berhubung penemuan kesemua mayat pada jam 7.30 pagi tadi daripada seorang lelaki tempatan.

“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat tiga mayat iaitu satu mayat wanita dewasa berusia 42 tahun, satu mayat remaja perempuan dan satu mayat remaja lelaki masing-masing berumur 14 dan 15 tahun. Kesemua mayat ditemukan dalam keadaan berpakaian lengkap,” katanya.

Selain itu, Datuk Hussein berkongsi terdapat penemuan satu sampul yang berisi surat wasiat serta sejumlah wang tunai.

Sumber: Berita Harian

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *