peserta kapga meninngal dunia

Peserta KAPGA Meninggal Dunia Akibat Strok Haba

IPOH, 3 Jun (Bernama) — Seorang peserta Kursus Asas Pasukan Gerakan Am (KAPGA) Siri 1/2024 di Pusat Latihan PGA (PLPGA) Ulu Kinta, dekat sini meninggal dunia semalam dipercayai akibat strok haba.

Lans Koperal Mohd Zulkifly Rozak, 31, dari Platun 6, Kompeni B Batalion 7 PGA, rebah ketika mengikuti kursus asas pasukan itu pada Khamis dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mendapatkan rawatan, sebelum disahkan meninggal dunia 7.45 pagi semalam.

Komandan Pusat Latihan PGA Ulu Kinta Superintenden Mohammad Hafiz Kadir yang mengesahkan perkara itu berkata sebelum dibawa ke HRPB, mangsa yang rebah ketika merentas desa pada Khamis (30 Mei) dibawa terlebih dahulu ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan, menaiki ambulans.

“Ketika dibawa mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri terus dirujuk ke HRPB, mangsa kemudian ditidurkan pada sebelah malam ketika di HRPB.

“Mangsa kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kemudian disahkan meninggal dunia semalam, serta punca kematian Mohd Zulkifly disahkan oleh doktor akibat strok haba dan kegagalan organ,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohammad Hafiz berkata Mohd Zulkifly yang sudah berkahwin, bersama 251 peserta yang lain melapor diri bagi menjalani kursus asas PGA bermula 28 April dan dijangka tamat pada 26 Julai.

Jenazah kemudian dibawa pulang ke Kuala Terengganu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA.

Sumber: BERNAMA

BACA: Jangan Main Pilih, Ini Cara Pastikan Horse Power “Aircond” Sesuai Dengan Saiz Bilik

The post Peserta KAPGA Meninggal Dunia Akibat Strok Haba appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *