pesawat tentera as terhempas

Pesawat Tentera AS Terhempas Ketika Latihan, Tiga Anggota Marin Maut

AUSTRALIA — Tiga anggota marin Amerika Syarikat (AS) dilaporkan maut apabila sebuah pesawat Osprey terhempas di pulau tropika terpencil di utara Australia ketika latihan perang Predators Run hari ini, lapor AFP.

Menurut pegawai tentera AS, pesawat V-22 Osprey itu dipercayai membawa 23 orang anggota.

“Tiga daripada jumlah itu disahkan meninggal dunia, manakala lima lagi telah dikejarkan ke Hospital Diraja Darwin selepas mengalami kecederaan parah,” maklumnya dalam satu kenyataan.

Latihan yang dijalani oleh mereka itu bukan sahaja melibatkan tentera dari AS, tetapi juga dari negara lain seperti Australia, Indonesia dan Filipina.

Gambar: JAM STA ROSA / AFP

Difahamkan, usaha menyelamat kini tertumpu di Pulau Melville yang terletak kira-kira 60 kilometer (37 batu) di utara tanah besar Australia.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan siasatan mengenai punca nahas tersebut kini sedang giat dijalankan,” kata pegawai AS.

Sementara itu, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menyifatkan kejadian itu sebagai suatu insiden yang tragis dan amat dikesali.

Tegas Albanese, beliau berkata pihak berkuasa tempatan kini sedang berusaha menjalankan siasatan terhadap nahas itu.

“Kami mahu memastikan sebarang maklumat yang diperolehi adalah tepat,” katanya kepada wartawan.

BACA JUGA: Detik Pesawat Dipercayai Bawa Ketua Wagner Terhempas Berjaya Dirakam

Nahas melibatkan pesawat jenis ini bukanlah kali pertama dilaporkan berlaku. Sebelum ini, pada 2022, empat anggota marin terkorban di Norway apabila pesawat itu terhempas semasa melakukan latihan NATO.

Pada 2017, seramai tiga tentera laut maut apabila helikopter berkenaan terhempas ketika cuba mendarat di laut di luar pantai utara Australia

Pada tahun 2000, pesawat itu turut mengorbankan seramai 19 orang tentera laut semasa melaksanakan latihan di Arizona.

Untuk makluman, Ospreys merupakan pengangkutan udara yang menggabungkan ciri helikopter dan pesawat turboprop.

Pesawat hibrid ini dilengkapi dengan dua enjin berputar pada hujung sayap. Ia bertujuan untuk membolehkan pesawat ini mendarat dan berlepas secara menegak serta bergerak lebih pantas daripada helikopter biasa.

BACA JUGA: Lagi Rakaman Tular, Lebih Jelas Rakam Detik-detik Pesawat Terhempas Di Elmina

Sumber: AFP

The post Pesawat Tentera AS Terhempas Ketika Latihan, Tiga Anggota Marin Maut appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *