Pesawat Mendarat Cemas Padang Siberia

Pesawat Penumpang Mendarat Cemas Di Padang Di Siberia

MOSCOW, 12 Sept (Bernama-Sputnik) — Sebuah pesawat penumpang dalam penerbangan dari bandar peranginan Rusia Sochi ke bandar Omsk di Siberia telah mendarat cemas di sebuah padang di wilayah Novosibirsk kerana kegagalan sistem hidrauliknya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Ural Airlines Sergey Skuratov pada Selasa, lapor Sputnik.

Terdahulu pada hari sama, pesawat Airbus A320 yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Rusia itu membuat pendaratan cemas di sebuah padang.

Pesawat itu membawa 167 orang termasuk enam kru dan 23 kanak-kanak.

Jabatan Kesihatan wilayah berkata sekurang-kurangnya lima orang cedera dalam kejadian itu, tetapi tiada seorang pun daripada kanak-kanak cedera.

Ural Airlines A320 makes emergency landing in a field near Kamenka, Novosibirsk region, Siberia. All passengers and crew evacuated safely. pic.twitter.com/MySDrPiDNi

— Breaking Aviation News & Videos (@aviationbrk) September 12, 2023

“Apabila menghampiri Omsk semasa mendarat, sistem hidraulik ‘hijau’ pada pesawat gagal berfungsi.

“Secara umum, pesawat itu mempunyai tiga sistem hidraulik: hijau, kuning dan biru. Setiap satu bertanggungjawab terhadap parameter tertentu dalam operasi elemen pesawat,” kata Skuratov kepada wartawan.

Komander pesawat membuat keputusan tepat untuk mendarat di lapangan terbang alternatif di Novosibirsk, dan kemudian menyedari bahawa bahan api tidak akan mencukupi, tambah CEO itu.

Penumpang pesawat itu akan dibayar 100,000 rubel (US$1,058), tambahnya.

A Ural Airlines passenger plane with up to 170 people aboard was forced to perform an emergency landing in a field 180km away from Novosibirsk International Airport, reportedly due to a hydraulics malfunction

Read more: https://t.co/3VOt9j6Z0l pic.twitter.com/nUikE7F0nu

— RT (@RT_com) September 12, 2023

BACA: Siap Ada Taman Permainan & Hotel Kapsul, Terpukau Melihat Kemudahan Di Masjid MADAD

Sumber: Bernama

The post Pesawat Penumpang Mendarat Cemas Di Padang Di Siberia appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *