Minggu ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sedang berada di Sarawak bagi meneruskan jelajah Kembali Kenali Borneo.

Seorang bapa yang memiliki anak dilahirkan dengan wajah dan tubuh berbulu lebat akibat sindrom congenital generalised hypertrichosis (CGH) berasa terharu apabila dapat berjumpa dengan Seri Paduka.

“Saya sangat gembira dapat bertemu dengan Agong dan terharu kerana baginda sudi mencemar duli berjumpa dengan anak saya,” kata Roland Jimbai.

@umpsamalaysia

Hasrat bapa kepada anak istimewa yang tinggal di Kampung Penan Muslim,Bintulu tertunai apabila dapat merakamkan kenangan dengan YDPA Agong dan Permaisuri dalam siri Kembara Kenali Borrneo di Bintulu. Adik Missclyen, 2 tahun, yang cukup istimewa kerana dilahirkan dengan wajah dan tubuh berbulu lebat akibat sindrom congenital generalised hypertrichosis (CGH). Kisah mereka ini pernah disiarkan dalam Majalah 3 tahun lalu. #umpsa #jommasukipt #jommasukumpsa #agongtuankucanselorumpsa #ijazahdualumpsa #umpkiniumpsa #TeknologiUntukMasyarakat #kembarakenaliborneo #RajaBerjiwaRakyat #menjelangharimalaysia #umpkinidikenaliumpsa #kembarakenaliborneo #bintulu #harimalaysia #sarawak #penanmuslim #YDPA #permaisuri #majalah3

♬ Santai – Faizal Tahir

Artikel berkaitan: “Baginda memang suka KFC” – [VIDEO] Lelaki Di Miri Belanja Agong & Permaisuri KFC.

Artikel berkaitan: “Macam X-Men” – 5 Sindrom Unik Terjadi Pada Manusia Terpilih, Akibat Dari Mutasi Genetik

Kata Roland, penantian selama empat jam di pekarangan Masjid Al-Falah, Kampung Penan Muslim Batu 10, Bintulu-Miri untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri berbaloi apabila kehadirannya bersama anak disedari Seri Paduka.

“Penantian itu memang berbaloi apabila baginda berdua bersama anakanda sudi berjumpa kami malah bergambar dengan Missclyen (anak).

“Dalam pertemuan singkat itu, Agong sempat berpesan minta saya jaga anak dengan baik kerana Missclyen rahmat daripada Allah,” katanya.

Pertemuan bapa dan kanak-kanak itu dengan Seri Paduka turut menarik perhatian ramai. Rata-rata pengguna media sosial tidak dapat menahan sebak melihatkan gambar yang dikongsikan oleh Baginda berdua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)

Sebelum ini, kisah Missclyen pernah tular kerana bukan hanya menghidap sindrom CGH tetapi dilahirkan tanpa lubang hidung.

Anak yang sangat istimewa, semoga membesar dengan lebih sihat dan ceria!

Sumber: Harian MetroTikTok

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *