Abang ipar kepada mangsa rogol bergilir-gilir turut dipercayai memperkosa mangsa bersama 4 individu lain.

Suspek yang berusia 29 tahun dipercayai merogol adik ipar yang berusia 27 tahun. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashaari Abu Samah berkata, susulan itu pertuduhan sebelum ini akan dipinda di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan : Didakwa Bersubahat, Abang Ipar Jadi Punca Wanita Diperkosa Bergilir Mengaku Tak Bersalah

Artikel Berkaitan : Kes Rogol Bergilir: Nak Langsaikan Hutang Rakan, Abang Ipar Benarkan Mangsa Diperkosa

“Turut dituduh, empat lagi suspek yang ditahan selepas mendapat arahan dari Timbalan Pendakwa Raya.”

Sebelum ini, Ashaari dilaporkan berkata, seramai 4 suspek yang berumur dari 25 hingga 32 tahun dipercayai telah terlibat dalam kes rogol berkumpulan terhadap seorang wanita di Wangsa Maju pada 30 Ogos lalu.

Screenshot 2023 09 12 163104

Mereka telah ditahan dalam operasi khas pada 7 hingga 9 September lepas. Dalam pada itu, Ashaari turut memberitahu Buletin TV3 bahawa seorang lelaki tempatan ditahan di Taman Melawati kelmarin, menerusi operasi khas Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.

“Ia disusuli penahanan dua lelaki warga tempatan di Bachok, Kelantan manakala seorang lagi suspek ditahan di Setapak.”

“Penahanan empat lelaki berkenaan menjadikan keseluruhan lima suspek ditangkap dan dipercayai terbabit dalam kes itu.”

Sebagai rujukan, 8 September lalu, abang ipar kepada mangsa didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan.

Pada 30 Ogos lalu, media melaporkan mangsa tersedar daripada tidur apabila tangannya diikat dan mulutnya dilekatkan dengan pita pelekat oleh suspek pada jam 3.30 pagi. Mangsa kemudiannya dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki dipercayai rakan abang iparnya.

Sumber: Buletin TV3

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *