gajah dan zirafah melarikan diri dari studio

Persis Filem Madagascar, Cubaan Gajah Dan Zirafah Melarikan Diri Dari Studio Filem Berjaya Dirakam

Seekor gajah dan zirafah berjaya dirakam cuba melarikan diri daripada lokasi studio filem di Rom, lapor Italy 24 News.

Dua ekor haiwan itu dilihat cuba melarikan diri sambil dikejar oleh pekerja studio di Cinecitta di Rom.

Bagaimanapun, dua ekor haiwan itu akhirnya berjaya dibawa semula ke set filem tersebut tidak lama selepas cubaan melarikan diri itu.

Kredit X/RT

Tidak pasti apa yang berlaku semasa penggambaran filem di studio tersebut sehingga dua ekor haiwan itu berjaya melarikan diri.

Kejadian yang berlaku itu telah lantas menjadi tular dan dikongsi secara meluas oleh pengguna media sosial.

Kredit X/RT

Beberapa pihak mendakwa bahawa kejadian itu adalah sorotan bagi siri Madagascar dari Dreamworks Animation.

Ada juga yang berkata bahawa kejadian itu berlaku ketika pihak produksi sedang melakukan penggambaran bagi filem Jumanji 3.

Giraffe and elephant attempt to flee Italian film studio pic.twitter.com/sIiPyXSH4C

— RT (@RT_com) August 25, 2023

“Ingat Binatang Apa Tadi,” Lelaki Berjaya Rakam Kejadian Ikan Puyu Naik Ke Darat Untuk Berhijrah

Semua hidupan di atas muka bumi ini termasuk manusia, haiwan dan tumbuhan memerlukan air untuk meneruskan hidup.

Jika kita tidak mendapatkan sumber air dalam tempoh yang lama, nescaya badan kita akan lemah dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Haiwan seperti ikan sangat memerlukan sumber air terutamanya semasa musim kemarau panjang.

Tidak semua ikan mampu bertahan hidup lama di atas darat tanpa sumber air.

Namun lain pula kisahnya bagi ikan puyu dalam satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @ajarina_ ini.

BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

Video tersebut memaparkan dua ekor ikan puyu sedang berusaha mencari sumber air.

Apa yang menariknya adalah, ikan jenis puyu itu dikatakan sedang berhijrah mencari sumber air yang baharu bagi meneruskan kehidupan.

Perkongsian tersebut dengan pantas telah mendapat perhatian pengguna media sosial tersebut.

Berdasarkan perkongsian video tersebut, lelaki itu pada awalnya dikatakan sedang memotong rumput di sebuah ladang kelapa sawit.

Tidak semena-mena, dia melihat terdapat pergerakan berlaku di sebalik rumput hijau yang tinggi di kebun sawit tersebut.

“Sedap-sedap mesin rumput, tiba-tiba semak goyang. Ingat binatang apa tadi. Rupanya si puyu berhijrah,” tulis tulisan pada muat naik video tersebut.

Lelaki yang teruja dengan penghijrahan dua ekor ikan itu kemudiannya memutuskan untuk merakam kejadian tersebut.

Sumber: Italy 24 News

The post Persis Filem Madagascar, Cubaan Gajah Dan Zirafah Melarikan Diri Dari Studio Filem Berjaya Dirakam appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *