penunggang motosikal jpj

Penunggang Motosikal Rempuh Anggota JPJ, Dipercayai Larikan Diri Dari “Roadblock”

Seorang penunggang motosikal dipercayai telah merempuh seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam cubaan melarikan diri daripada operasi sekatan jalan raya (SJR) di Port Dickson, lapor Sinar Harian.

Menerusi video pendek tular, penunggang motosikal tersebut dilihat melanggar anggota terbabit sehingga cedera di mana, dia terpelanting sebelum kepalanya terhantuk.

Disebabkan kecederaan tersebut, rakan sepasukan telah membawa anggota yang cedera itu ke dalam sebuah kenderaan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Sementara itu, JPJ memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung insiden tersebut, memetik Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Tular Warga Asing Ditahan Tiada Lesen, Polis Sahkan Motosikal Dinaiki Milik Anggota PDRM

The post Penunggang Motosikal Rempuh Anggota JPJ, Dipercayai Larikan Diri Dari “Roadblock” appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *