suar gol ronaldo

Penjaga Gol Lawan Tak ‘Nampak’ Apa, Asap Suar ‘Warnai’ Gol Cantik Ronaldo

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo terus memberi impak besar buat kelabnya, Al-Nassr apabila terus menambah koleksi gol untuk kelab itu.

Terbaharu, penyerang kebangsaan Portugal itu menjaringkan dua gol ketika membantu kelabnya menewaskan Al-Ahli, 4-3 pagi tadi.

Ronaldo menjaringkan gol pada minit keempat dan pada minit ke-52. Manakala dua lagi gol Al-Nassr dijaringkan oleh Anderson Talisca pada minit ke-17 dan masa tambahan separuh masa pertama.

Tiga gol Al-Ahli pula dijaringkan oleh Frank Kessie, Riyad Mahrez dan Feras Abrikan.

Namun yang mencuri tumpuan tentunya gol yang dijaringkan oleh Ronaldo pada minit keempat. Ketika itu, pasukannya melakukan serangan balas pantas selepas pemain Al-Ahli kehilangan bola di kawasan tengah.

Sadio Mane pantas merampas bola tersebut dan memecut laju ke arah pintu gol lawan. Ketika kedudukan satu lawan satu dengan pemain pertahanan terakhir, Mane melorongkan bola ke arah Ronaldo.

Berjaya menampan dengan kemas bola yang dihantar Mane, Ronaldo tidak mempersia-siakan peluang dengan merembat bola ke arah penjuru kanan gol Al-Ahli. Penjaga gawang gagal melakukan tempisan dan bola berakhir menerjah jaring.

Namun yang menariknya, ketika itu asap suar dilihat memenuhi kawasan padang dan seolah-olah menutup pandangan penjaga gol Al-Ahli, Édouard Mendy.

Berdasarkan kedudukan kamera yang terletak di posisi belakang Ronaldo, kelihatan Mendy dan gawang gol yang dikawalnya tenggelam dalam asap suar.

Mengambil kira keadaan asap suar yang agak tebal, ada kemungkinan Mendy berdepan dengan kesukaran untuk mengagak dengan jelas kedudukan bola berkenaan.

Malah, pengulas juga tertanya-tanya dengan apa yang berlaku kerana mereka sendiri tidak dapat melihat posisi penjaga gol ketika itu.

Bagaimanapun, ia tidak menafikan hakikat bahawa Ronaldo sememangnya pencetak gol yang berwibawa.

Setakat ini, Ronaldo mendahului carta penjaring terbanyak Liga Pro Saudi (SPL) dengan sembilan gol. Manakala rakan sepasukan yang juga bekas penyerang sayap Liverpool, Sadio Mane berada di tangga kedua dengan enam gol.

Al-Nassr dalam pada itu menghuni tangga kelima carta SPL dengan 15 mata selepas mencatatkan lima kemenangan dan dua kekalahan selepas tujuh perlawanan.

Bagaimanapun, kelab itu hanya dibezakan dengan tiga mata sahaja dengan pendahulu liga, Al-Ittihad.

تحويل الصمت إلى صخب 🔥
من غير رونالدو 🤩#نحلم_ونحقق | #yallaRSL pic.twitter.com/4hYXq3Cwwm

— دوري روشن السعودي (@SPL) September 22, 2023

BACA: ‘Pemergiannya’ Titip Rasa Untuk Berhijrah, Penjaga Anjing K9 ‘Blake’ Peluk Islam

Sumber: Saudi Pro League

The post Penjaga Gol Lawan Tak ‘Nampak’ Apa, Asap Suar ‘Warnai’ Gol Cantik Ronaldo appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *