wanita bogel tonton tv

Pemilik Rumah Terkejut, Dapati Wanita Bogel Selamba Tonton TV Dalam Rumahnya

Tindakan selamba seorang wanita pecah masuk rumah untuk menonton televisyen tanpa pakaian membuatkan pemilik kediaman mengeluarkan amaran kepada penduduk daerah Ao Luek, wilayah Krabi.

Lapor The Thaiger, kejadian aneh tersebut membuatkan pemilik rumah berusia 47 tahun itu berkongsikan video memaparkan keadaan insiden itu kepada Saluran 7 semalam.

Dalam video tersebut, pemilik itu pulang ke rumah bersama seorang lelaki dan sedang memasuki rumahnya tanpa berfikir kejadian pelik akan menimpa diri mereka.

Alangkah terkejutnya, apabila pemilik kediaman itu melihat rumahnya yang berada dalam keadaan kosong, dihuni oleh wanita tidak berbaju sedang baring di atas kerusi panjang sambil menonton televisyen.

Walaupun penceroboh itu sedar akan kedatangan pemilik rumah, namun dia tidak berganjak dan hanya meneruskan tontonan televisyen tanpa rasa serba salah.

Pemilik kediaman yang masih lagi terkejut dengan penemuan orang tidak dikenali di dalamnya dan memutuskan untuk meminta pertolongan dari jiran.

Keadaan rumah bersepah selepas barang miliknya berselerak di atas lantai tetapi tiada barangan yang dilaporkan hilang.

Pemilik yang menjelaskan situasi itu berkata penceroboh hanya menggunakan tuala untuk menutup dirinya dan membiarkan pakaiannya di atas lantai.

Salah seorang jiran lelaki berusia 58 tahun mendedahkan bahawa dia telah membuat keputusan untuk merakam video sebagai bukti sekiranya berlaku kecurian barang.

Lelaki tersebut berkata wanita yang bertuala itu menjadi berang selepas pemilik rumah menghalaunya keluar.

Akibat daripada rasa marah itu, penceroboh itu masih bertegas tidak mahu keluar daripada rumah yang dipecah masuknya.

Bagaimanapun, dia mula meninggalkan rumah itu selepas penduduk tempatan bekerjasama memberi tekanan kepadanya.

Difahamkan juga, wanita itu bukan penduduk di kawasan kejiranan tersebut kerana mukanya tidak biasa dilihat di tempat tersebut.

BACA: Tiga Lelaki Disyaki Pecah Masuk Sekolah Ditahan

Wanita ditahan polis

Kejadian tersebut membuatkan pemilik rumah melaporkan kepada pegawai di Balai Polis Ao Luek dan penceroboh itu juga dikatakan telah ditahan.

Polis mengesahkan wanita itu bukan penduduk di kawasan itu dan mungkin mengalami masalah kesihatan mental.

Polis turut memaklumkan bahawa mereka akan sedaya upaya mencuba menghubungi saudara mara wanita itu dan membawanya pulang ke rumahnya sendiri.

Pun begitu, tiada maklumat terkini sama ada saudara mara tampil mencari dan membantunya.

Sementara itu, polis juga memberi amaran kepada penduduk, khususnya di kawasan Ao Luek, untuk menutup semua pintu masuk ke rumah mereka bagi mengelak sebarang pencerobohan luar biasa.

Sumber: The Thaiger

The post Pemilik Rumah Terkejut, Dapati Wanita Bogel Selamba Tonton TV Dalam Rumahnya appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *