penjaga blake islam

‘Pemergiannya’ Titip Rasa Untuk Berhijrah, Penjaga Anjing K9 ‘Blake’ Peluk Islam

Penjaga anjing K9 yang disayangi rakyat Malaysia, Blake telah membuat keputusan memeluk Islam pada Jumaat semalam selepas ‘pemergian’ anjing tersebut membuatkannya ingin berhijrah.

Lelaki berkenaan menjadi saudara baru selepas kira-kira 72 jam anjing pengesan tersebut menutup mata buat selama-lamanya.

Untuk pengetahuan pembaca, Blake merupakan anjing pengesan unit K9 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Anjing baka English Springer Spanie itu telah banyak berjasa dalam misi menyelamat di dalam serta di luar negara.

Antara misi yang mengangkat nama Blake tentunya misi mencari dan menyelamat mangsa tragedi Batang Kali yang berlaku tahun lepas.

Kini, penjaganya, Salbuddin Salleh, 34, pula mencuri tumpuan awam apabila memilih untuk memeluk agama Islam, pada Jumaat.

Detik-detk bersejarah dalam hidup Salbuddin telah dikongsikan menerusi satu hantaran video di akaun TikTok IraQ (@iraqmantul).

Video berkenaan turut disertai dengan kapsyen ‘Kepergian mu Blake memberi hikmah kepadaku untuk berhijrah’.

Dalam video yang berdurasi 1.06 minit terbabit, Salbuddin dilihat sedang melafazkan kalimah syahadah di hadapan beberapa saksi.

Menjengah ke ruang komen, ternyata berita penghijrahan anggota bomba berkenaan mendapat sambutan baik daripada pengguna TikTok.

Rata-rata meluahkan rasa syukur dan mengucapkan selamat datang kepada saudara baharu itu.

”Saya sampai tak mampu nak tengok gambar Blake. Tetapu berita Tuan buat saya sangat gembira. Tahniah dan terus istiqomah Tuan.”

”Alhamdulillah, Papa Blake. Blake tunggu Papa di syurga.”

”Allahuakbar. Alhamdulillah. Rahsia Allah sangat indah. Ini hadiah atas pemergian Blake. Selamat datang wahai saudara baru ku.”

Klip berkenaan telah meraih sebanyak 65.4k tontonan, 6,453 likes dan 1,140 komen setakat jam 9.17 pagi ini.

Difahamkan, Salbuddin telah melafazkan kalimah syahadah di sebuah masjid di Shah Alam. Saat lafaz syahadahnya telah disaksikan oleh bapa saudara dan sepupunya sebagai pada pagi semalam.

@iraqmantul

#fypシ゚viral Syukur Alhamdulillah..Semuanya dipermudahkan🤲

♬ Allah Allah Aghisna – Rivy Kamila

Blake ‘pergi selamanya’ selepas didiagnos menghidapi kanser

Terdahulu, Blake telah dilaporkan ‘sudah tiada’ selepas bertarung nyawa melawan barah limfoma pada peringkat keempat pada jam 4.38 petang.

Anjing yang nerasal dari United Kingdom ini difahamkan telah didiagnosis menghidapi barah limfoma tahap empat pada 15 Ogos lalu.

Si comel ini telah diangkat sebagai hero Malaysia apabila terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada Disember tahun lepas.

Sebagai rekod, legenda bertubuh kecil dan memiliki deria tajam ini telah menjadi sebahagian daipada unit K9 di bawah JBPM pada 2017.

BACA: Ada Tupat Sotong, Beef Skewer & Banyak Lagi, Lelaki Nekad Jual Lokching Lain Dari Yang Lain

Sumber: Tiktok Iraqmantu, Sinar Harian

The post ‘Pemergiannya’ Titip Rasa Untuk Berhijrah, Penjaga Anjing K9 ‘Blake’ Peluk Islam appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *