li shuai gigi

Pemain China hilang tujuh gigi bertembung Syahmi Safari

Terpaksa cabut tujuh gigi, pemain pertahanan China, Li Shuai dilapor mengalami kecederaan akibat pertembungan di udara bersama pemain Harimau Malaya, Syahmi Safari semasa aksi persahabatan di Stadium Phoenix Hill, Chengdu di China pada Sabtu, lapor Sinar Harian.

Pemain berusia 28 tahun itu turut menjalani pemeriksaan perubatan, dan difahamkan tulang belakang Shuai masih berada dalam keadaan baik dan keadaanya juga stabil, menurut China Sports Vision 2050.

“Laporan pemeriksaan perubatan mendapati tulang belakang Shuai berada dalam keadaan baik.

“Bagaimanapun pasukan perubatan terpaksa mencabut tujuh gigi Shuai akibat konkusi yang dialaminya berikutan pertembungan di udara tersebut,” katanya.

Kejadian laga itu berlaku pada lima minit sebelum wisel penamat, di mana Shuai dipercayai tidak sedarkan diri dan pemain Shanghai Port itu terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pada perlawanan tersebut, Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon mendahului tuan rumah dengan hasil rembatan kencang Faisal Halim pada minit ke-11.

Bagaimanapun, skuad bimbingan Aleksandar Jankovic menyamakan kedudukan pada minit ke-36 apabila Lin Liangming meledakan gol menjadikan permainan 1-1 kekal hingga ke wisel penamat.

Penyokong China minta ‘refund’ kerana keputusan seri

Sebelum ini, penyokong bola sepak China menuntut ganti rugi bagi tiket perlawanan yang dibeli gara-gara kecewa dengan keputusan seri dalam aksi persahabatan.

Menerusi video yang dimuat naik China Sport Vision, ia memaparkan keadaan riuh di stadium selepas DJ membuat pengumuman keputusan 1-1, kerana mengundang berang dalam kalangan penyokong tuan rumah.

Rata-rata mereka menjerit perkataan ‘refund’ kerana tidak berpuas hati selepas skuad Harimau Malaya yang berada di kedudukan ke-136 dunia terikat dengan China yang berada pada ranking ke-80.

Dalam pada itu, sesetengah daripada para penyokong turut kecewa dengan prestasi hambar pemain yang mendorong mereka meminta Persatuan Bola Sepak China (CFA) supaya memulangkan duit tiket.

“Di Phoenix Hill Chengdu, apabila pengulas mengumumkan keputusan 1-1 perlawanan persahabatan antara China dan Malaysia, peminat mencemuh dan menjerit, ‘Bayar balik!’,” memetik kapsyen yang ditulis.

Li Shuai, the left-back for Shanghai Port, was rushed to the hospital unconscious after a collision with a Malaysian opponent on Saturday. Fortunately, his spine is not injured. However, seven of his teeth have to be removed due to the concussion. pic.twitter.com/Y94tmNzNPb

— China Sports Vision 2050 (@CSV2050) September 11, 2023

Sumber: Sinar Harian

The post Pemain China Hilang Tujuh Gigi Bertembung Syahmi Safari appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *