laungan azan johan qari

Pelancong “Non Muslim” Terpesona, Dapat Dengar Laungan Azan Eksklusif Dari Johan Qari Antarabangsa

Laungan azan merupakan panggilan atau seruan buat seluruh umat Islam untuk menunaikan ibadah wajib iaitu solat.

Azan akan berkumandang sebanyak lima kali sehari mengikut waktu solat iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Laungan azan bukan sahaja menjadi satu seruan istimewa bagi umat Islam, tetapi ia juga sering mendapat perhatian bagi kebanyakan mereka yang bukan Islam kerana ketenangan yang sering dikaitkan dalam laungan azan tersebut.

Ia boleh dilihat seperti dalam satu video yang dikongsikan oleh akaun TikTok Masjid Muhammadi ini.

Video itu memaparkan aksi seorang pelancong wanita yang bukan Islam seakan tertarik dan teruja sebaik mendengar laungan azan yang dilakukan.

Lebih-lebih lagi laungan azan yang sangat merdu itu telah dialunkan oleh Johan Qari Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa iaitu Qayyim Nizar.

Kredit TikTok

Pelancong wanita itu juga dilihat merakam laungan azan yang dikumandangkan oleh Qayyim dengan penuh dengan pengahayatan.

Di akhir video perkongsian tersebut dapat dilihat pelancong wanita itu tersenyum sambil menyapa Qayyim.

Kredit TikTok

Jelas riak wajah kegembiraan terpancar dari raut wajah wanita tersebut yang berpeluang untuk mendengar laungan azan daripada juara Tilawah Antarabangsa tersebut secara bertentang mata.

Perkongsian muat naik itu dengan pantas telah menerima komen yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut. Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Alhamdulillah. Merdu suara Qayyim. Insya-Allah dapat hidayah dari Allah pelancong tu,” tulis seorang netizen.

“Subhanallah terpukuau dengan suara azan ustaz,” tulis seorang netizen lagi yang turut terpukau dengan laungan azan itu.

“Memang patut juara Tilawah baru-baru ini. Sangat hebat suaranya ya Rabb,” tulis seorang lagi netizen memuji Qayyim.

Qari Malaysia Muncul Juara Tilawah Antarabangsa Ke-63

Qari Malaysia Muhammad Qayyim Nizar Sarimi muncul juara bagi kategori lelaki pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63. Beliau berjaya memenangi pertandingan itu dengan catatan markah 94.96 peratus.

Tempat kedua pula dimenangi Alireza Bizhaniavval dari Iran yang memperoleh 93.30 peratus. Manakala Awang Mohd Zul-Hafiz Awang Tengah dari Brunei Darussalam di tempat ketiga dengan 90.38 peratus.

BACA: Ini Fakta Menarik Muhammad Qayyim, Qari OKU Penglihatan & Johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa

Bagi kategori qariah, peserta Maghribi Sara Belmamoun muncul johan dengan markah 93.05 peratus. Tempat kedua Raudhah Supian Noor dari Indonesia dengan 92.21 peratus manakala peserta Filipina Sabaha Pato Salik di tempat ketiga dengan 91.50 peratus.

Bagi kategori hafazan lelaki, Omar Toure dari Guinea muncul johan dengan markah 98.63 peratus. Tempat kedua diikuti oleh Maamon Ahmed Raweh Mohammed dari Yaman dengan 97.38 peratus dan tempat ketiga Ali Attia dari Chad (97.07 peratus).

Peserta Algeria Tebani Cheyma Enfal pula muncul johan bagi kategori hafazan wanita dengan markah 96.32 peratus. Tempat kedua Ndeye Seynabou Ngom dari Senegal (95.25 peratus) dan ketiga Sidi El Moctar Khadijetou dari Mauritania (94.19).

Muhammad Qayyim, yang juga orang kurang upaya penglihatan sejak lahir, berkata beliau bersyukur kerana usahanya selama 16 tahun mendalami dan mempelajari skil bacaan al-Quran menggunakan naskhah Braille membuahkan hasil pada MTHQA kali ini.

@masjidmuhammadikb

Pelancong Non-Muslim mendengar kemerduan suara azan 😇 #masjidmuhammadikb #muhammadidihati #donedakwah

♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

Sumber: TikTok/@masjidmuhammadikb

The post Pelancong “Non Muslim” Terpesona, Dapat Dengar Laungan Azan Eksklusif Dari Johan Qari Antarabangsa appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *