Jason Momoa mosh pit metallica

Pelakon Aquaman, Jason Momoa Dirakam “Enjoy” Sertai “Mosh Pit” Dalam Konsert Metallica

Jason Momoa telah mengejutkan ramai peminat selepas dilihat menyertai mosh pit ketika menghadiri konsert Metallica di Stadium SoFi pada malam Jumaat lalu, lapor Mirror.

Pelakon Aquaman itu dilihat berada di konsert tersebut bersama dengan beberapa selebriti lain seperti John Travolta, Adria Arjona dan bintang Vanderpup Rules, Tom Sandoval.

Band Pantera antara band yang melakukan persembahan pembukaan untuk konsert Metallica pada malam itu.

Salah seorang ahli kumpulan itu telah berkongsi beberapa keping gambar di belakang tabir konsert berkenaan.

Charlie Benante, yang merupakan pemain dram Pantera telah berkongsi beberapa gambar yang mendedahkan mosh pit rock disertai Jason itu.

“Metallica dan Pantera di SoFi stadium malam tadi sangat mengagumkan! Saya tidak menyangka bahawa saya akan bermain di sana. Bercakap dengan John Travolta sambil berjalan dan makan adalah kelakar.

“Melihat Jason dalam pit adalah kemuncak bagi saya. Ia membuatkan saya bekerja keras, saya sayang dia,” tulis Charlie.

Kredit Instagram

Menerusi klip Jason dalam mosh pit, pelakon itu kelihatan seakan sangat menikmati dan berseronok dengan konsert tersebut.

Kredit Instagram

BACA: Diiringi Lagu Negaraku, Jalur Gemilang Gah Hiasi Menara Burj Khalifa

Jason yang memakai t-shirt coklat dan seluar berwarna kelabu dilihat menikmati masa itu dan berhibur.

Semangat Jason dalam berhibur ketika konsert bukanlah suatu perkara yang mengejutkan.

Sebelum ini, beliau pernah mendedahkan bahawa dia banyak mendengar muzik rock daripada kumpulan Pantera dan Metallica.

Beliau mendengar muzik itu untuk mendapatkan mood ketika memegang watak sebagai Conan dalam Conan The Barbarian.

@dailymail

Rock ON 🎸 #fyp #jasonmomoa #metallica #heavymetal #concert #moshpit

♬ original sound – Daily Mail

Penyanyi Rap & Penulis Lagu Terkenal Dunia, August 08 Meninggal Dunia

Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, August 08 dilaporkan meninggal dunia pada usia 31 tahun, lapor The Sun UK.

August 08 atau nama sebenarnya, Ray Davon Jacobs meninggal dunia pada 28 Ogos lepas, namun berita kematiannya hanya dimaklumkan sehari kemudian.

“Mendiang mengembara ke seluruh dunia dan menyentuh hati jutaan manusia melalui muzik. Saya berbangga memiliki adik sepertinya.

“Saya menyeru anda semua supaya terus mendengar karya-karya mendiang dan berkongsi kehebatannya dengan semua orang.” kata kakaknya.

Sumber: Mirror

The post Pelakon Aquaman, Jason Momoa Dirakam “Enjoy” Sertai “Mosh Pit” Dalam Konsert Metallica appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *