Bagi sesetengah dari kita, mampu memiliki jam Apple Watch pun sudah dikira kaya kerana harganya yang mencecah ribuan ringgit. Namun, seorang pelajar perempuan dipercayai di China ini pula nampaknya lagi kaya kerana dia memakai jam mewah berjenama Richard Mille walaupun hanya menaiki pengangkutan awam.

Video pelajar tersebut memakai jam tersebut telah tular di media sosial baru-baru ni.

Artikel Berkaitan : “Orang kaya ada standard” – Pakai Jam Tangan Bernilai RM1 Juta, Tokti Dianggap Orang Kaya Ada ‘Class’

Memetik laporan Dim Sum Daily, pelajar tersebut dipercayai mungkin merupakan pelajar universiti terkemuka di China iaitu Tsinghua University kerana dia menyandang beg yang tertulis nama universiti tersebut.

Ramai warganet yang kagum kerana difahamkan bukan mudah untuk mendapat tempat untuk belajar di universiti tersebut.

Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat mungkin jam yang dipakai oleh pelajar itu merupakan jam tiruan.

Dalam masa yang sama, ada juga yang berpendapat pelajar itu sangat rendah diri kerana tetap menggunakan pengangkutan awam walaupun dirinya seorang yang berada.

Sumber: Dim Sum Daily

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *