paul pogba testosteron

Paul Pogba Berisiko Digantung 4 Tahun, Disahkan Positif Testosteron

Agensi anti-doping Itali mengesahkan bahawa pemain tengah Juventus, Paul Dogba diuji positif testosteron.

Menurut ESPN, ujian doping itu dijalankan selepas perlawanan Juventus di Udinese pada 20 Ogos lalu.

Pogba tidak diturunkan bermain dalam perlawanan Serie A dan beliau hanya berada di bangku simpanan Juventus.

Nado Italia, agensi anti-doping berkata bahawa Pogba digantung buat sementara waktu dan berkuat kuasa serta-merta.

Sementara menunggu percubaan dan ujian sampel B sandaran, dia bakal berhadapan dengan penggantungan sehingga empat tahun.

“Seperti mana yang dicadangkan oleh Pendakwa Raya Anti-doping Kebangsaan, ia telah memperuntukkan penggantungan sementara Atlet Paul Labile Pogba,” kata Nado Italia dalam satu kenyataan.

Tribunal itu berkata bahawa Pogba telah melanggar peraturan anti-doping selepas mendapati bahan terlarang itu bukan endogen sebaliknya ‘metabolit tertosteron’.

Dalam pada itu, dalam kenyataan Juventus, mereka mengesahkan keputusan itu dan penggantungan terhadap Pogba.

Mereka juga berkata bahawa, ia akan menilai langkah prosedur seterusnya terhadap keputusan ujian doping Pogba itu.

“Kami sedang menunggu keputusan analisis dan tidak akan keluarkan kenyataan apa-apa sehingga itu,” kata ejen Pogba, Rafaela Pimenta dalam satu kenyataan.

“Apa yang pasti ialah Paul Pogba tidak pernah berniat untuk melanggar peraturan itu,” tambahnya.

Kejadian itu merupakan satu lagi tragedi negatif yang berlaku terhadap pemain itu yang sebelum ini mengalami kecederaan sejak menyertai Juventus dari Manchester United.

Sebelum ini, dia diketepikan daripada perlawanan Perancis ke Final Piala Dunia tahun lalu kerana kecederaan lututnya.

Kejadian terbaru ini merupakan tamparan hebat buat Juventus selepas dicemari dengan insiden perakaunan palsu dan pembayaran gaji yang tidak teratur.

Kes undang-undang ini telah menyebabkan kelab Turin itu disingkirkan oleh UEFA daripada pertandingan Eropah pada musim ini.

Kes Antony Letakkan Man United Dalam Tekanan, Ramai Menanti Tindakan Yang Bakal Diambil

Terdahulu, Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United kini berada dalam tekanan selepas dakwaan serangan yang dilakukan oleh penyerang sayap, Antony, lapor AFP.

Tambahan lagi, bintang Brazil itu kini telah digugurkan daripada skuad kebangsaan bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia ekoran dakwaan serangan ke atas bekas teman wanitanya.

Susulan itu, seluruh mata dunia kini menantikan tindakan yang bakal diambil oleh United lebih-lebih lagi kelab itu baru sahaja melepaskan penyerangnya Mason Greenwood yang meninggalkan kelab dengan persetujuan bersama pada bulan lalu.

Bagaimanapun, United mendapat kecaman selepas pengendalian mereka ke atas kes Greenwood. Kedua-dua kes tersebut semakin membebankan The Red Devils ketika permulaan liga.

Sumber: ESPN

The post Paul Pogba Berisiko Digantung 4 Tahun, Disahkan Positif Testosteron appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *