Sebuah restoran di Singapura baru-baru ini telah menjadi sorotan netizen apabila restoran tersebut menerusi Facebook mencari semula dua orang pelanggan mereka untuk memberi bayaran balik kerana staf restoran telah tersilap caj S$840 (lebih kurang RM2,886) di atas makanan yang dipesan sedangkan bayaran sebenar ialah S$84 (RM288).

Memetik laporan Mothership.sg, kesilapan itu terjadi selepas staf restoran Fok Lok Kee Private Kitchen telah tersalah menekan nombor kosong pada mesin bayaran POS (Point of Sale) ketika proses pembayaran.

6 2 1

Difahamkan, pelanggan tersebut membayar menggunakan kad kredit, jadi mungkin bila dia swipe kad pada mesin, dia tak perasan bahawa bayaran dibuat melebihi jumlah sebenar.

Artikel Berkaitan : “Tak sedap macam dulu” – Netizen Puji Pelanggan Tinggalkan Nota Bagi Restoran ‘Improve’

Pihak restoran berkenaan tidak tahu bagaimana cara untuk menghubungi semula pelanggan itu kerana mereka baru pertama kali berkunjung ke situ.

Jadi, mereka berkongsikan tentang kesalahan jumlah bil bayaran itu menerusi Facebook kerana mahu memberi bayaran balik kepada pelanggan terbabit.

Rata-rata netizen negara tersebut memuji kejujuran pihak restoran tersebut yang sanggup mencari semula pelanggan mereka itu.

Difahamkan, tak lama selepas perkongsian itu dibuat di Facebook, pelanggan yang terbabit dengan perkara itu telah menghubungi pihak restoran dan kedua-dua pihak memutuskan untuk mengembalikan semula lebihan wang.

Sumber: Mothership.sg

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *