Isu minyak masak bersubsidi hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia lebih-lebih lagi ramai yang mengadu minyak masak peket 1 kilogram selalu habis di pasar raya. Ada segelintir orang menyalahkan peniaga namun menurut Berita Harian, masalah kekurangan minyak masak ini juga dihadapi oleh peruncit termasuklah pembekal.

Memetik laporan Astro Awani, sebelum ini juga pernah tular isu kekurangan minyak masak bersubsidi dalam peket berpunca daripada penyeludupan barangan itu dari Kelantan ke selatan Thailand.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Peniaga Didakwa ‘Ketuk’ Pelanggan, Kena Beli Barang RM20 Baru Boleh Beli Minyak Masak

Artikel berkaitan: Awas! Jual Minyak Masak Secara Online Boleh Didenda Sehingga RM 1 Juta!

Akan tetapi, pembelian minyak masak di Kelantan pula dihadkan kepada satu atau dua kilogram sahaja bagi setiap pembelian manakala di selatan Thailand seperti Narathiwat, Sungai Golok, Weng dan Sungai padi tidak tertakluk dengan syarat tersebut.

Walau bagaimanapun satu lagi isu tular di media sosial TikTok, seorang pengguna memuat naik video pekerja asing di salah satu pusat beli belah terkenal di Malaysia ‘kantoi’ menyorokkan minyak masak berpeket.

@bonsaiseller

Terlalu dberi muka… #minyakgoreng #mahaldahni #wargaasingbesarkepala #madani #nsk

♬ original sound – Azman Runner – Azman Runner

Video pendek berdurasi 43 saat itu memaparkan pekerja-pekerja asing yang bertugas menjaga kaunter di pusat beli belah itu kelihatan terdiam dan takut kerana beberapa pelanggan mula memarahi mereka.

Namun begitu, belum dapat dipastikan bagaimana kegiatan pekerja-pekerja asing ini kantoi menyorokkan minyak masak berpeket 1 kilogram.

Video yang viral ini turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Kebanyakan mereka kesal dengan sikap yang dilakukan oleh pekerja asing itu malah ada juga yang menyalahkan pihak berkuasa yang dikatakan tidak mengawal isu penggunaan minyak masak peket ini.

Nsk 1

Nsk 2

Rata-rata berpendapat, ada pihak yang sama sekali tidak layak mendapatkan subsidi oleh kerajaan Malaysia ini seolah-olah merampas hak serta mengambil kesempatan atas kelebihan orang lain.

Sumber: TikTok

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *