Dituduh Makan Lari Tanpa Bayar Bil, Pelanggan Tampil Beri Penjelasan

makan lari bayar bil

Dituduh Makan Lari Tanpa Bayar Bil, Pelanggan Tampil Beri Penjelasan

Sebuah restoran makanan laut di Sabah mendakwa bahawa pelanggannya yang terdiri daripada sebuah keluarga bertindak meninggalkan premis sebelum membuat bayaran bil penuh makan malam, lapor Sinar Harian.

Mengikut maklumat daripada restoran tersebut, kejadian dikatakan berlaku pada malam Ahad lalu sekitar jam 9.40 malam.

Pelanggan yang terdiri daripada sebuah keluarga itu hanya membayar sebanyak RM400 dari jumlah bil penuh RM1,102.20.

Pelangganya itu mendakwa bahawa harga untuk makan malam tersebut adalah terlalu mahal buat mereka sekeluarga.

“Tiada alasan untuk tidak membayar sedangkan kita sendiri tahu apa menu yang dipesan. Apa pun alasannya harap segera membuat pembayaran selebihnya,” kata hantaran itu.

Bagaimanapun, perkara itu kemudiannya disangkal oleh pelanggan tersebut menerusi sebuah hantaran penjelasan di akaun Facebook miliknya.

Pelanggan tersebut mendakwa bahawa mereka tidak menyangka harga yang dikenakan terlalu mahal untuk tiga orang ahli keluarga sahaja.

Menurut hantaran itu, pihak restoran tidak memberikan maklumat yang mencukupi berkenaan harga yang dipesan oleh mereka sekeluarga.

“Kami telah membuat bayaran seperti pihak restoran cadangkan untuk selesaikan isu tersebut. Juruwang di situ yang cadangkan idea untuk bayar 50-50 (separuh), bukan kami.

“Apabila kami melihat lobster di menu, harganya RM48 per 100 gram yang di mata kami nampaknya berada dalam bajet kami. Jika kami hanya memesan saiz yang lebih kecil dan pelayan itu juga meyakinkan kami, dia hanya akan berikan kami yang kecil dan tidak berat.

“Tetapi rupanya dia (pelayan) memesan yang beratnya satu kilogram tanpa memaklumkan kepada kami terlebih dahulu,” katanya dalam hantaran itu.

Makan malam hanya untuk tiga orang

Pelanggan itu berkata bahawa dia berasa sangat terkejut melihat harga makanan yang dipesan itu, memandangkan hanya tiga orang sahaja yang makan.

“Kami berbincang dengan pelayan kerana dia memesan saiz yang lebih besar tanpa memberitahu kami harga dan saiz tertentu.

“Kemudian juruwang datang dan menawarkan untuk menyelesaikan masalah dengan restoran membayar separuh dan kami membayar RM500.

“Sebelum keluar, juruwang tersebut memulangkan semula RM100 kepada kami. Dia beritahu kejadian ini sering berlaku dan ramai pelanggan terkena kerana tidak diterangkan dengan jelas mengenai harga oleh pelayan yang sama.

“Kami kemudian berterima kasih kepada juruwang itu dan menjangkakan isu itu sudah selesai. Kami tidak meninggalkan restoran tersebut tanpa membuat bayaran. Sebagai bukti di resit juga dicetak bayaran sudah dijelaskan,” jelasnya.

Selepas memberikan penjelasan tersebut, pelanggan terbabit berharap agar salah faham itu dapat diselesaikan dengan baik dan segera.

BACA: Seram, Wanita Rakam Kucingnya Bersikap Aneh Sebelum “Catwheel” Tiba-Tiba Bergerak Sendiri

Sementara itu, Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah akan melakukan pemeriksaan ke atas restoran makanan laut terbabit.

Pengarah KPDNK Sabah, Georgie Abas berkata bahawa sehingga setakat ini pihak masih belum menerima sebarang aduan daripada pelanggan berkenaan.

“Jika ada aduan rasmi, kami akan siasat tetapi kalau ikut hantaran pelanggan tersebut seolah-olah semua tanda harga memang ada. Mungkin berlaku salah faham antara pelanggan bersama peniaga.

“Namun perkara ini sukar dibuktikan kerana ia dakwaan daripada kedua-dua pihak. Jadi saya akan minta pegawai untuk membuat pemeriksaan premis terbabit. Ia untuk memastikan semua tanda harga jelas dan beri nasihat kepada peniaga kalau dakwaan pelanggan tersebut adalah benar,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

The post Dituduh Makan Lari Tanpa Bayar Bil, Pelanggan Tampil Beri Penjelasan appeared first on Siakap Keli.

Penyanyi Popular Era 80-An, Ibnor Riza Diramal Tinggal Enam Bulan Untuk Hidup

Ibnor Riza tinggal enam bulan

Penyanyi Popular Era 80-An, Ibnor Riza Diramal Tinggal Enam Bulan Untuk Hidup

Doktor meramalkan jangka hayat yang dimiliki oleh penyanyi popular era 80-an iaitu Ibnor Riza hanya berbaki enam bulan sahaja, lapor Sinar Harian.

Ia adalah disebabkan penyanyi lagu ‘Mimpi Yang Tak Sudah’ itu disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat.

Beliau bagaimanapun tidak pernah putus semangat dan masih meneruskan ikhtiar untuk sembuh dan melawan penyakit itu.

Menurutnya, soal ajal dan maut ini sudah ditetapkan oleh Allah. Oleh itu, beliau akan terus berjuang dan tidak akan mengalah untuk meneruskan hidup walaupun didiagnos menghidapi kanser limfoma di tahap empat.

Ibnor yang disahkan menghidap kanser sejak sembilan bulan lalu memberitahu bahawa dirinya akan terus berusaha selagi mampu untuk melawan penyakit itu.

“Kalau hendak difikirkan apa yang doktor cakap, saya ada hanya enam bulan untuk hidup, saya jadi sedih. Doktor berterus-terang selepas rawatan kemoterapi kesembilan, baru-baru ini gagal.

“Jadi, maknanya saya hanya ada enam bulan untuk hidup, tetapi saya tidak mahu pegang kata-kata itu. Saya percaya kepada ALLAH. Kanser ini, kita kena lawan.

“Lagipun, saya ada keluarga dan anak. Mereka perlukan saya. Dengan sokongan yang diberi, takkan saya hendak hampakan ramai orang. Saya kena kuat walaupun saya tidak sekuat mana pun sekarang ini,” katanya.

Perlu menjaga emosi dan pemakanan

Bercerita lanjut berkenaan tahap kesihatannya sekarang, Ibnor menjelaskan bahawa dia kini perlu menjaga emosi dan pemakanannya bagi mengelakkan tekanan.

“Saya tidak boleh stres. Jika tertekan, kelenjar pada leher akan membengkak. Jadi, saya kena selalu jaga emosi. Sebab itulah, saya mahu cepat lakukan rawatan kemoterapi. Apa yang bahaya sekarang adalah jika sel kanser hampir ke otak.

“Kalau sel kanser pergi ke otak, tidak boleh buat apa-apa. Kanser saya dalam darah. Kita tidak boleh kawal kanser itu merebak,” ujarnya.

BACA: Seram, Wanita Rakam Kucingnya Bersikap Aneh Sebelum “Catwheel” Tiba-Tiba Bergerak Sendiri

Pada 19 Februari lalu, Ibnor telah disahkan menghidap pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, kolestrol tinggi dan darah tinggi.

Selain itu, beliau juga disahkan menghidap beberapa penyakit lain seperti buasir dan migrain yang teruk.

Kanser hanya dapat dikenal pasti selepas Ibnor melakukan pemeriksaan kesihatan susulan mengalami bengkak pada leher.

Sumber: Sinar Harian

The post Penyanyi Popular Era 80-An, Ibnor Riza Diramal Tinggal Enam Bulan Untuk Hidup appeared first on Siakap Keli.

Gerai Warga Asing Di Kaki Lima Disita Majlis Bandaraya Seremban

Gerai warga asing

Gerai Warga Asing Di Kaki Lima Disita Majlis Bandaraya Seremban

Pihak berkuasa Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah bertindak menyita gerai warga asing yang menjalankan perniagaan di kaki lima di dua premis berasingan di Jalan Dato’ Bandar Tunggal, lapor Sinar Harian.

Operasi yang dijalankan pada Khamis lalu telah berjaya menyita gerai yang dikesan menjalankan perniagaan makanan basah dan sayur-sayuran.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata operasi dijalankan hasil daripada aduan awam.

Operasi dilaporkan telah dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Penguatkuasaan MBS antara jam 8 hingga 9.15 malam Khamis lalu.

“Pasukan serbuan turut disertai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Kesihatan telah memeriksa dua premis yang diuruskan oleh warga asing.

“Siasatan mendapati premis berkenaan memiliki lesen perniagaan runcit dari pihak majlis (MBS) atas nama rakyat tempatan. Kedua-dua premis menjalankan aktiviti menjual barangan basah (sayuran) yang diletakkan di kaki lima premis,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Veerapan lagi, sitaan kemudiannya telah dilakukan ke atas kedua-dua premis terbabit. Sitaan dibuat atas kesalahan menjual barangan di kaki lima tanpa kebenaran pihak berkuasa.

“Kesemua barang sitaan disimpan di Setor Penyimpanan MBS di Jalan Labu, Seremban untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sebelum operasi itu dilakukan, tular sebuah rakaman video di media sosial yang memaparkan beberapa warga asing bertindak meniaga di kaki lima.

Kejadian itu dikatakan berlaku di kaki lima premis sekitar Seremban, Negeri Sembilan.

BACA: Jadikan Apartmen Sebagai “Perkampungan”, JIM Tahan 425 Pendatang Tanpa Izin

Warga Asing Jadikan Premis Perniagaan Tempat Pelihara Ayam & Itik

Premis dijadikan tempat penyimpanan, pelihara dan jualan ayam serta itik oleh peniaga warga asing dari Myanmar dilaporkan telah disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Memetik Sinar Harian, operasi tersebut telah dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar.

Operasi yang dinamakan sebagai Operasi Tindakan Khas Premis Perniagaan itu telah dijalankan di sekitar Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Selayang.

Menurut unit media DBKL, premis berkenaan didakwa telah menimbulkan gangguan awam yang melibatkan isu kekotoran. Ia juga telah menghalang laluan dan menyebabkan bau busuk sekitar kawasan berhampiran.

Sumber: Sinar Harian

The post Gerai Warga Asing Di Kaki Lima Disita Majlis Bandaraya Seremban appeared first on Siakap Keli.

Wanita Singapura Pakai T-Shirt Nanas Pergi Mengundi Diarah Pulang

t-shirt nanas

Wanita Singapura Pakai T-Shirt Nanas Pergi Mengundi Diarah Pulang

Seorang wanita yang hadir ke pusat mengundi di Singapura dengan memakai t-shirt cetakan buah nanas diarahkan untuk pulang, lapor Mothership.

Gambar wanita yang berpakaian t-shirt cetakan buah nanas itu telah dikongsikan oleh Xiaohongshu pada semalam.

Semalam bersamaan 1 September merupakan hari pengundian rakyat Singapura bagi memilih presiden mereka yang seterusnya.

Pengguna Xiaohongshu yang menyiarkan siaran itu menulis dalam bahasa Cina: “Awal pagi, makcik terpaksa pulang ke rumah menukar pakaiannya.”

Kredit Xiaohongshu

Menurut laporan Lianhe Zaobao yang memunggah gambar itu, wanita berkenaan dipercayai telah diminta untuk pulang oleh ejen pengundian dan kembali semula dengan pakaian lain.

Berdasarkan peraturan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya (ELD), pada Khamis bersamaan 31 Ogos lalu ditetapkan sebagai “Cooling-off Day”.

Peraturan khas akan terpakai dari “Cooling-off Day” hingga penutupan pengundian pada 8 malam pada hari mengundi.

Aktiviti yang dilarang termasuk pengundi memakai, menggunakan, membawa atau mempamerkan simbol atau propaganda kempen yang digunakan oleh calon.

Walau bagaiamanapun, peraturan itu diberikan pengecualian kepada calon yang bertanding.

Calon yang bertanding dibenarkan memakai replika simbol yang diperuntukkan kepada mereka pada dua hari tersebut.

Tak Guna Kertas, Ini Cara Warga Gambia Undi Guna Guli Semasa Pilihan Raya

Pernah terfikir tak pilihan raya yang sebelum ini dijalankan dengan cara menandakan calon di kertas dengan pen, dilakukan menggunakan guli?

Walaupun dilihat pelik namun sistem pengundian unik itu telah dilakukan di Gambia, negara terkecil di benua Afrika.

Ya betul, sehingga kini sistem tersebut masih diguna pakai pada pilihan raya yang diadakan, mengingatkan pengundi kepada permainan zaman kanak-kanak.

Jadi sebenarnya bagaimana sistem ini berfungsi dan apakah cara yang digunakan untuk menentukan calon yang tersenarai meraih undian terbanyak?

BACA: Seram, Wanita Rakam Kucingnya Bersikap Aneh Sebelum “Catwheel” Tiba-Tiba Bergerak Sendiri

Untuk pengetahuan, negara tersebut telah diperkenalkan dengan sistem pengundian unik berkenaan pada awal 1960-an untuk menangani tahap buta huruf yang tinggi di negara itu.

Sistem ini berdasarkan penggunaan token atau guli jernih yang dilemparkan dalam satu bekas buatan besi yang dijadikan sebagai peti undi.

Setiap calon atau parti memiliki satu peti besi undi yang diwarnakan mengikut warna simbol parti selain gambar mereka turut dilekatkan di peti itu.

Sumber: Mothership

The post Wanita Singapura Pakai T-Shirt Nanas Pergi Mengundi Diarah Pulang appeared first on Siakap Keli.

Gempa Bumi 6.1 Pada Skala Richter Landa Severo-Kurisk, Rusia

Gempa bumi 6.1 landa Rusia

Gempa Bumi 6.1 Pada Skala Richter Landa Severo-Kurisk, Rusia

NEW YORK, 2 Sept (Bernama-Xinhua) — Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan 13 kilometer Severo-Kurilsk, Rusia, pada 2049 GMT waktu tempatan Jumaat, menurut Kajian Geologi AS, lapor Xinhua.

Pusat gempa, dengan kedalaman 141.2 km, ditentukan pada 50.70 darjah m utara dan 156.32 darjah timur.

Sumber: BERNAMA-XINHUA

The post Gempa Bumi 6.1 Pada Skala Richter Landa Severo-Kurisk, Rusia appeared first on Siakap Keli.

TNG Digital Didenda RM600,000

TNG Digital didenda

TNG Digital Didenda RM600,000

Akibat melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, TNG Digital Sdn Bhd (TNGD) telah dikenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) sebanyak RM600,000 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 18 Mei lalu, lapor Sinar Harian.

Menurut BNM, tindakan denda terhadap TNGD itu membabitkan dua individu yang dihukum di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram serta Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2014 (AMLA).

“TNGD juga tidak membuat siasatan lanjut bagi menentukan sama ada pelanggannya sepadan dengan senarai resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau senarai Kementerian Dalam Negeri (KDN).

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

“Jumlah AMP ditentukan dengan mengambil kira faktor buruk dan pengimbangan yang berkaitan. Termasuk penilaian tindakan pembetulan yang diambil untuk menangani ketidakpatuhan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah kenyataan itu lagi, TNGD kemudiannya telah diarahkan untuk membayar RM600,000 pada 31 Mei 2023 lalu.

Sumber: Sinar Harian

The post TNG Digital Didenda RM600,000 appeared first on Siakap Keli.

Hampir 20 Tan Sampah Dikumpul Selepas Selesai Sambutan Hari Kebangsaan Di Putrajaya

20 tan sampah putrajaya

Hampir 20 Tan Sampah Dikumpul Selepas Selesai Sambutan Hari Kebangsaan Di Putrajaya

Alam Flora Sdn Bhd menganggarkan bahawa hampir 20 tan sampah berjaya dikumpul di Putrajaya sejurus selepas selesai pasca sambutan Hari Kebangsaan.

Alam Flora memaklumkan berkenaan perkara itu menerusi muat naik perkongsian video di akaun TikTok rasminya @alamflorasdnbhd.

Menurut kenyataan Alam Flora, seramai 125 pekerja pembersihan, penyelia dan eksekutif operasi telah dikerahkan bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan itu.

Kerja-kerja pembersihan dikatakan telah bermula seawal 4.00 pagi dan berakhir sekitar jam 7.00 malam.

Difahamkan, kerja-kerja pembersihan juga telah dipecahkan kepada lapan subzon. Zon 1 melibatkan kawasan perarakan utama, Zon 2 di Presint 3, Zon 3 di Bulatan Gemilang, Zon 4 di hadapan bangunan Kementerian Kewangan.

Zon 5 pula di Dataran Putra, Zon 6 di Lebuh Bestari, Zon 7 di Persiaran Perdana Presint 4 dan zon terakhir iaitu Zon 8 di Monumen Alaf Baru, Persint 2.

Selain itu, Alam Flora turut menyediakan 700 unit tong sampah bergerak (MGB) pelbagai saiz. Kesemua tong sampah itu ditempatkan di beberapa lokasi bagi memudahkan orang ramai untuk membuang sampah.

Lebih 100,000 Hadir Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 – Fahmi

Lebih 100,000 pengunjung hadir menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2023 anjuran sulung Kerajaan Perpaduan di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata segelintir orang awam juga telah mula berkumpul selepas waktu Maghrib semalam kerana teruja untuk melihat sendiri acara gilang-gemilang itu.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

“Ada yang datang dari Kedah, Perak dan jauh lagi untuk melihat sendiri sambutan besar-besaran ini. Ini merupakan sambutan Hari Kebangsaan pertama kami dengan pasukan yang bertungkus-lumus sejak bulan Februari,” katanya pada sidang media selepas sambutan itu di Pusat Media di sini hari ini.

Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 menzahirkan rasa puas hati. Terutamanya dengan kejayaan penganjuran sambutan kemerdekaan negara tahun ini. Khususnya kelancaran persembahan tarian, perarakan, perbarisan dan pertunjukan udara.

@alamflorasdnbhd

Alam Flora menganggarkan hampir 20 tan sampah terkumpul setelah selesai kerja-kerja kutipan dan pembersihan selepas sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-66 di Putrajaya semalam. Sebanyak 125 pekerja pembersihan, penyelia dan eksekutif operasi Alam Flora telah menjalankan kerja-kerja pembersihan seawal 4 pagi dan berakhir sekitar jam 7 malam. Kerja-kerja pembersihan dipecahkan kepada lapan subzon iaitu Zon 1 – kawasan perarakan utama, Zon 2 – Presint 3, Zon 3 – Bulatan Gemilang , Zon 4 – di hadapan Kementerian Kewangan, Zon 5 – Dataran Putra, Zon 6 – Lebuh Bestari , Zon 7 – Persiaran Perdana Presint 4 dan Zon 8 – Monumen Alaf Baru, Presint 2. Alam Flora telah menyediakan 700 unit tong sampah bergerak (MGB) pelbagai saiz dan ditempatkan di beberapa lokasi bagi memudahkan orang ramai membuang sampah. #JomRawatBumi #CurbOceanPollution #HariKemerdekaanKe66 #EnhancingLifeEnrichingCommunities #fyp #masukberanda

♬ Negaraku – Joe Flizzow & Altimet & SonaOne & Faizal Tahir

Sumber: TikTok/@alamflorasdnbhd

The post Hampir 20 Tan Sampah Dikumpul Selepas Selesai Sambutan Hari Kebangsaan Di Putrajaya appeared first on Siakap Keli.

Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan Libat Lima Kenderaan

Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan Libat Lima Kenderaan

Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan Libat Lima Kenderaan

ALOR GAJAH, 1 Sept (Bernama) — Seorang penunggang motosikal maut digilis manakala rakannya patah tulang pinggang dalam kemalangan melibatkan dua motosikal dan tiga kereta di KM207 Lebuhraya Utara-Selatan (arah Selatan) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata kejadian kira-kira 6.15 pagi itu menyebabkan mangsa, M.Kumaresan, 29, yang merupakan juruteknik kilang meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala dan perut.

“Dipercayai mangsa (Kumaresan) yang menunggang motosikal Kawasaki KR150 bersama rakannya berusia 27 tahun yang menunggang motosikal Yamaha RXZ dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati telah berlaku perlanggaran sesama sendiri antara kedua-dua motosikal terbabit yang menyebabkan mangsa jatuh di lorong tengah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kejadian menyebabkan sebuah kereta Toyota Vios dipandu lelaki berusia 29 tahun yang berada di lorong tengah terus mengelak ke lorong kanan dan kemudian dilanggar Toyota Alphard.

Katanya sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger pula telah melanggar satu daripada motosikal terbabit di lorong kanan dan menyebabkan tayar sebelah kiri hadapan dan belakang kenderaan itu bocor.

Menurut Arshad pihaknya sedang mengenal pasti kenderaan yang menggilis Kumaresan dan mayatnya dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.

Beliau berkata rakan Kumaresan pula dirawat di Hospital Melaka dan kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA: Guna Dua Bahan Mudah, Ini Cara Matikan Rumput Tanpa Guna Racun

Sumber: Bernama

The post Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan Libat Lima Kenderaan appeared first on Siakap Keli.

Ramai Terjebak Masak Resepi Ira Kazar, Sampai Sotong ‘Out Of Stock’ Dekat Pasar!

Tidak lama dulu, isteri kepada pengarah terkemuka, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar ada berkongsi resepi sambal sotong yang katanya antara menu kegemaran suami.

Posting tersebut mendapat perhatian ramai dan di antara netizen memuji usaha Ira dalam menambat hati suami melalui masakan.

Cats 76

Sotong out of stock dekat pasar?

Pun begitu, Ira Kazar menerusi Instagram ada berkongsi keterujaan netizen mencuba resepi sambal sotongnya itu sehingga sotong dikatakan habis terjual di pasaraya berdekatan. Fuh bukan  main! 

Whatsapp Image 2023 08 30 At 8.57.49 Pm 630X1102 1

Rata-rata pengikutnya di media sosial juga berkongsi air tangan masing-masing dalam menyediakan sambal sotong, siap ada yang letak petai lagi. Mantap! 

Sotong 1

Sotong 2

Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin sebelum ini pernah mendapat pujian daripada kakaknya, Yasmin Kazar kerana masakan sotong tumis dan bubur som som yang dikatakan sangat sedap.

Ada yang dah terjebak try resepi Ira ni tak? Cer komen sikit… 

Baca: “Favourite suamiku!” – Masak Sambal Sotong, Ira Kazar Layan ‘Followers’ Minta Resepi

Sambal Sotong Ira Kazar

“Rezeki dekat tempat lain” – Viral Dimarahi Cikgu Kerana Bersolek, Adik Ini Teruja Dapat Jumpa YDPA

Musim merdeka kali ini, kita dapat lihat banyak acara pakaian beragam di sekolah-sekolah, telatah adik-adik yang bersekolah rendah serta tadika menambat hati ramai netizen.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video di mana seorang kanak-kanak perempuan didakwa telah dimarahi oleh gurunya gara-gara memakai alat solek (make up) ke sekolah bersempena sambutan hari kemerdekaan.

Adik yang dikenali sebagai Ammara itu sebelum ini menjadi perhatian netizen kerana dia kelihatan trauma selepas semua make up yang dipakainya ditanggalkan oleh seorang guru sekolah. Bapanya turut berasa kecewa dengan insiden tersebut.

Namun, benar kata orang ada pelangi selepas hujan apabila adik Ammara berpeluang bertemu dengan Yand Di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika sambutan hari merdeka di Putrajaya semalam.

@shazliey1

Allahuakbar…mengigil papa hari ni Ammara…!!!! Ampun Tuanku… KDYMM Seri Paduka Yang di Pertuan Agong perkenan mencemar duli turun dari kenderaan rasmi apabila nampak Ammara melambai-lambai sewaktu baginda ingin berangkat pulang dari menyaksikan perbarisan sempena hari kemerdekaan di Putrajaya.. #AmmaraJumpaAgong #AgongJumpaAmmara #ammarakesya #ammaraviral #kanakkanakviral #AmpunTuanku #HariKemerdekaan #merdeka #ammara #bajuammaraviral #kisahammara #ammaratiktok

♬ Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind

Dalam video TikTok yang dikongsikan oleh bapanya @shazliey1 itu, kanak-kanak itu kelihatan gembira ketika dapat bertemu dengan YDPA, malah pengiring Tuanku dilihat memberitahu insiden yang terjadi kepada kanak-kanak itu.

“Allahuakbar, mengigil papa hari ni Ammara! Ampun Tuanku.

KDYMM Seri Paduka Yang di Pertuan Agong perkenan mencemar duli turun dari kenderaan rasmi apabila nampak Ammara melambai-lambai sewaktu baginda ingin berangkat pulang dari menyaksikan perbarisan sempena hari kemerdekaan di Putrajaya,” tulisnya di kapsyen.

“Rezeki di tempat lain” 

Video yang dikongsikan oleh bapa Ammara itu sudah pastinya menarik perhatian netizen, lebih-lebih lagi ramai yang sudah tahu tentang insiden yang berlaku ke atasnya.

Cats

Wah rezeki adik ni!

Baca: Teruja Gayakan Baju Tradisional Ke Sekolah, Bapa Dakwa Anak Trauma Dimarahi Cikgu Sebab Pakai Makeup

Ft Ammara