Lori Rempuh Enam Kenderaan, Dua Dilapor Maut

lori rempuh enam kenderaan

Lori Rempuh Enam Kenderaan, Dua Dilapor Maut

Seorang lelaki dipercayai mengalami serangan jantung sebelum lori yang dipandunya merempuh enam kenderaan lain dalam kemalangan di Jalan Bukit Dugang, Sepang, pada Rabu.

Kejadian itu turut mengakibatkan dua lelaki yang merupakan penunggang motosikal maut akibat rempuhan tersebut.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, menyatakan bahawa Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 9.46 malam.

“Siasatan mendapati kemalangan kira-kira jam 9.10 malam itu melibatkan sebuah lori, empat kereta dan dua motosikal.

“Pemandu lori terbabit dari arah Putrajaya menghala ke Jenderam dipercayai mengalami serangan jantung di lokasi kemalangan mengakibatkan lori terbabit hilang kawalan ke laluan bertentangan sebelum merempuh enam kenderaan lain,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, insiden terbabit mengakibatkan dua penunggang motosikal maut.

“Mangsa masing-masing berumur 53 dan 31 tahun itu maut di lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah Unit Kecemasan Hospital Putrajaya.

“Seorang lagi mangsa iaitu pemandu lori terlibat mengalami kecederaan parah akibat kejadian dan sedang menerima rawatan di Zon Merah Hospital Putrajaya,” katanya.

Dalam pada itu, siasatan lanjut mengenai kejadian ini sedang dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA: 30 Kes Pokok Tumbang Akibat Ribut Kuat Di Perlis

BACA: Wanita Disyaki Racun Lima Orang Sebelum Bunuh Diri – Polis Bangkok

BACA: Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Polis Jumpa Telefon Pintar

Sumber: Sinar Harian

The post Lori Rempuh Enam Kenderaan, Dua Dilapor Maut appeared first on Siakap Keli.

Tidak Perlu Tunggu 24 Jam Untuk Lapor Kes Orang Hilang – KPN

lapor kes orang hilang

Tidak Perlu Tunggu 24 Jam Untuk Lapor Kes Orang Hilang – KPN

Baru-baru ini, timbul persoalan daripada warganet mengenai prosedur operasi standard (SOP) berkaitan laporan polis yang perlu dibuat berkenaan kes orang hilang.

Justeru, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, orang awam tidak perlu menunggu sehingga 24 jam untuk melaporkan kes kehilangan ahli keluarga atau kenalan.

Beliau menjelaskan bahawa dakwaan yang mengatakan perlu menunggu sehingga 24 jam selepas kehilangan adalah mitos yang sering disebarkan oleh banyak pihak tanpa asas.

“Tidak ada ketetapan atau undang-undang yang memaksa anda bersabar, bertenang atau bertahan dalam tempoh panjang.

“Ada yang kata perlu tunggu sampai 24 jam, 48 jam hingga 72 jam dalam keadaan gementar serta gemuruh. Ini mitos semata,” katanya pada Khamis.

Menurut beliau, sekiranya sudah melakukan carian terhadap individu yang hilang dan telah cuba menghubungi mereka tetapi gagal, orang awam boleh terus membuat laporan di balai polis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ini adalah sebagai langkah awal untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku terhadap individu yang dilaporkan hilang.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan masyarakat agar terus memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat mengenai kes orang hilang.

“Peranan masyarakat sangat dihargai dalam membantu pihak polis.

“Saluran di pelbagai medium kita hebahkan berkait kes orang hilang untuk orang awam bersama kita membantu siasatan kes,” ujarnya.

BACA: Hilang Sejak 10 Julai, Polis Mohon Bantuan Kesan Nur Farah Kartini

BACA: Dilaporkan Hilang Sejak 6 Hari Lalu, Polis Kesan Muhammad Adi

BACA: Polis Kesan Remaja Perempuan Hilang Sejak 27 Jun – Siakap Keli

Sumber: Sinar Harian

The post Tidak Perlu Tunggu 24 Jam Untuk Lapor Kes Orang Hilang – KPN appeared first on Siakap Keli.

Durian Brûlée: Pemanis Mulut ‘Teatime’ Ala Paris

durian brûlée

Durian Brûlée: Pemanis Mulut ‘Teatime’ Ala Paris

Jika anda pernah ke mana-mana kedai makan atau kafe yang menyajikan manisan ala Eropah, crème brûlée pastinya menjadi antara tarikan utama.

Hidangan klasik ini diperbuat daripada kastard vanila yang dilapisi dengan gula yang dibakar hingga keperangan, mencipta satu tekstur rangup yang lazat.

Kebiasaannya, ia akan dinikmati bersama teh tanpa gula.

Dengan sedikit kelainan, seorang pengguna TikTok telah berjaya mengolah resipi pemanis mulut ini dengan suntikan selera tempatan.

Durian, raja buah yang terkenal di Malaysia dan kini sedang berada di puncak musimnya, menjadi ‘bintang’ utama dalam resipi ini.

Tidak kira sama ada anda penduduk tempatan atau pelancong, rasa durian yang unik pasti memikat hati sesiapa sahaja yang mencubanya.

Dengan penuh bangga, SK kongsikan resipi “Durian Brûlée” oleh Akie Jack yang pasti akan membuatkan sesi ‘teatime’ anda terasa lebih istimewa, ala Paris.

@akiejack

Any durian lover here? 🫶🏻💛#durian #durianbrulee #cremebrulee #crémebrûlée #akiemasak #dessert #foodtiktok #bolehtakkantakboleh #recipe #resipi #akiejack

♬ „The Four Seasons” – Winter – part 1 60″ (Vivaldi) – Orchestra of Classical Music

Bahan-bahan “Durian Brûlée”

Sebelum musim durian berlalu, jangan lepaskan peluang untuk mencuba resipi istimewa ini. Anda hanya memerlukan beberapa bahan, iaitu:

  • Isi durian
  • Lima biji telur
  • 400 gram krim putar
  • 50 gram gula
  • Satu penutup botol esen vanila

Cara penyediaan “Durian Brûlée”

  • Pisahkan isi durian dari bijinya. Untuk resipi ini, Akie Jack hanya menggunakan 360 gram isi durian.
  • Asingkan kuning telur dan masukkan ke dalam bekas besar. Bagi membuat brûlée, kita hanya memerlukan kuning telur sahaja. Tapi, lebihan putih telur yang berlebihan jangan dibuang kerana ia boleh digunakan untuk membuat pemanis mulut lain seperti meringue.
  • Kisar kuning telur bersama isi durian, krim putar, gula dan esen vanila sehingga sebati. Rasa adunan dan tambahkan isi durian, gula atau esen vanila mengikut cita rasa anda.
  • Tuang adunan ke dalam acuan pilihan anda. Untuk kelainan, gunakan pangsa durian yang telah dibersihkan seperti yang dilakukan oleh Akie Jack.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 150 darjah Celcius dan bakar adunan selama 20 hingga 30 minit. Pastikan anda tidak membakarnya terlalu lama untuk mengelakkan adunan durian menjadi hangit.
  • Keluarkan dari ketuhar dan tabur sedikit gula di atasnya. Gunakan penunu bagas kulinari untuk membakar gula secara perlahan hingga membentuk lapisan karamel yang rangup.
  • Biarkan sejuk seketika sebelum dihidangkan. Hidangkan bersama ‘teh o’ panas untuk menikmati gabungan yang sempurna.

Durian brûlée ini menawarkan tekstur yang lembut dan berkrim, sesuai dengan resipi crème brûlée klasik Eropah.

Kombinasi antara lapisan karamel rangup dengan aroma durian yang semerbak menjadikan pemanis mulut ini sangat menarik.

Selamat mencuba.

BACA: Sardin Sekarang Harga Kayangan, Ini Resepi Sardin “Homemade” Mudah & Sedap

BACA: Cara Buat ‘Soft Cookies’ Mudah, Guna Air Fryer Je

BACA: Cara Nak Buat “Garlic Sauce”, Mudah Guna Bahan Ada Di Dapur Je

Sumber: Akie Jack via TikTok

The post Durian Brûlée: Pemanis Mulut ‘Teatime’ Ala Paris appeared first on Siakap Keli.

Rang Undang-Undang Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024

rang undang-undang akta ordinan buruh sabah

Rang Undang-Undang Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024

Pada hari ini, Kerajaan telah berjaya membentangkan bacaan kali pertama Rang Undang-Undang Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024.

Sejak Ordinan Buruh Sabah (OBS) menjadi undang-undang Persekutuan pada 1965, ini merupakan pindaan kali kedua selepas pindaan pertama pada tahun 2005.

Justeru pindaan bersejarah ini merupakan usaha hampir 20 tahun untuk menyeragamkan hak dan perlindungan pekerja di Sabah dengan pekerja di Semenanjung Malaysia di bawah Akta Kerja 1955.

KESUMA merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sabah atas kerjasama menjayakan usaha ini demi kepentingan 2.06 juta pekerja dan 187,365 majikan di Sabah.

KESUMA juga mengucapkan terima kasih kepada kesatuan sekerja, wakil majikan dan pemegang taruh lain khususnya di Sabah yang telah mendukung usaha RUU ini sehingga berjaya dibentangkan.

Pindaan kali ini melibatkan 16 perkara utama meliputi 70 fasal untuk menyelaras undang-undang perburuhan yang merangkumi tiga (3) akta utama iaitu Akta Kerja 1955 [Akta 265], Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] dan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 [Akta 350] yang dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia.

Perkara-perkara utama dalam pindaan RUU Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 adalah seperti berikut:

  1. liputan pemakaian akta diperluaskan daripada pekerja bergaji RM2,500.00 ke bawah kepada semua pekerja tanpa mengira had gaji atau jenis pekerjaan;
  2. tempoh cuti bersalin telah dinaikkan daripada 60 hari kepada 98 hari;

iii. cuti paterniti yang tidak diperuntukkan sebelum ini dalam OBS kini diberi kepada bapa sebanyak 7 hari;

KSM.100-2/1/1 JLD. 3 ( 63 )

1. waktu bekerja dikurangkan daripada 48 jam seminggu kepada 45 jam seminggu;

2. peruntukan baharu tentang aturan kerja anjal (flexible working arrangement); vi. peruntukan tentang aduan diskriminasi di tempat pekerjaan; vii. peruntukan tentang aduan buruh paksa;

viii. Bahagian baharu iaitu Part XVA tentang gangguan seksual (sexual harassment); dan

  1. penambahan Bahagian Baharu IVA untuk perumahan, penginapan dan kemudahan pekerja dengan mengadaptasi Akta 446.

Pembentangan RUU ini akan memastikan pematuhan undang-undang buruh negara kepada piawaian perburuhan antarabangsa khususnya, International Labour Organization (ILO) Declaration on Fundamental Principles and Rights at Work 1998, bagi meningkatkan imej Malaysia, seterusnya menarik lebih ramai pelabur khususnya dari luar negara.

Pindaan penyeragaman Ordinan Buruh Sarawak dengan Akta Kerja juga telah mendapat persetujuan Kerajaan Sarawak dan kini sedang dalam proses perincian draf RUU. Pindaan Ordinan Buruh Sarawak dijangka akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.

KESUMA yakin bahawa pindaan kedua-dua ordinan ini akan memberi kesan positif yang besar kepada kebajikan dan hak-hak pekerja di Sabah dan Sarawak seterusnya meningkatkan imej Malaysia amnya di persada antarabangsa.

The post Rang Undang-Undang Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 appeared first on Siakap Keli.

Impian Jadi Nyata, Kylian Mbappé Kini Milik Real Madrid

Mbappé Real Madrid

Impian Jadi Nyata, Kylian Mbappé Kini Milik Real Madrid

Kylian Mbappé secara rasmi diperkenalkan sebagai pemain Real Madrid di hadapan puluhan ribu peminat di Stadium Santiago Bernabéu, Sepanyol, pada Selasa.

Terdahulu, Los Blancos mengumumkan bahawa kelab tersebut telah menandatangani Mbappé dengan kontrak selama lima tahun, mengakhiri tempoh tujuh tahun bintang Perancis itu bersama Paris Saint-Germain (PSG).

Sebelum kemunculan Mbappé di stadium, montaj kejayaan Real Madrid sepanjang sejarah dan alunan lagu “Nessun Dorma” oleh Luciano Pavarotti diperdengarkan, diikuti dengan tayangan gol-gol hebat Mbappé di skrin besar.

Saat ini sangat dinantikan oleh peminat Real Madrid yang sekian lama berharap untuk melihat pemain berusia 25 tahun itu, yang dianggap antara pemain terbaik di dunia, mengenakan jersi putih terkenal kelab mereka.

Dengan memenangi gelaran Eropah ke-15 pada penghujung musim lalu, Real Madrid kini memperkuatkan skuadnya yang sudah mempunyai pemain-pemain berbakat seperti Vinícius Jr. dan Jude Bellingham, dengan kehadiran Mbappé.

“Ini ialah hari yang luar biasa. Sejak kecil, saya hanya memiliki satu impian, iaitu untuk bermain di sini. Berada di sini sekarang sangat bermakna bagi saya.

“Oleh itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap madridista kerana sejak beberapa tahun yang lalu dan sehingga ke hari ini, anda semua telah menyokong saya,” katanya.

Selepas menyampaikan ucapan, Mbappé menyapa peminat yang hadir, menandatangani autograf dan menendang bola sepak ke arah penonton di tempat duduk.

BACA: Menang RM4.7 Juta, Sekyss Mahu Simpan Dalam ASB, Rancang Nak Beli Rumah

Perkenalan rasmi Mbappé menutup salah satu saga perpindahan terpanjang dalam bola sepak, dengan Mbappé lama menyimpan impian untuk berpindah ke ibu kota Sepanyol.

Walaupun kejayaan yang besar dalam pertandingan domestik – memenangi enam gelaran liga Perancis bersama PSG dan satu dengan AS Monaco – Mbappé masih belum menambah Liga Juara-Juara ke dalam senarai pencapaiannya.

Mbappé telah bermain lebih daripada 300 perlawanan untuk PSG, menjaringkan gol ke-250 pada bulan Mac, dan bersama Perancis, beliau memenangi Piala Dunia pada tahun 2018 dan Golden Boot pada tahun 2022, mengetuai senarai penjaring dengan lapan gol dalam kejohanan tersebut.

Di Kejohanan Eropah yang baru sahaja selesai, beliau mengetuai pasukan Perancis sebagai kapten sehingga kekalahan di separuh akhir menentang juara akhirnya, Sepanyol.

“Sekarang, saya mempunyai satu lagi impian.

“Ini ialah impian yang perlu saya capai untuk memenuhi jangkaan sejarah kelab ini, yang terbaik di dunia.

“Saya boleh katakan satu perkara, iaitu saya akan memberikan segala-galanya untuk kelab ini dan untuk lencana ini,” tambah Mbappé semasa menyampaikan ucapannya.

“Satu, dua, tiga… Hala Madrid!”

Semasa acara itu, Mbappé turut mengimbau seorang lagi bintang bola sepak yang menjadi idola zaman kanak-kanaknya, Cristiano Ronaldo.

Mbappé meniru wira zaman kanak-kanaknya itu dengan mencium lencana kelab pada satu ketika dahulu, sebelum memberitahu mereka yang hadir di Bernabéu, “Saya akan katakan satu, dua, tiga dan kita semua akan bersama-sama berkata, ‘Hala Madrid’ seperti satu keluarga besar,” meniru tindakan Ronaldo semasa perkenalannya di Los Blancos pada musim panas 2009.

Dalam pada itu, ibu bapa Mbappé turut hadir dalam kalangan penonton untuk perkenalannya sebagai pemain Real Madrid, manakala legenda kelab Zinedine Zidane juga menyambutnya semasa beliau melangkah masuk ke stadium.

Pada hari yang sama, Real Madrid juga mengumumkan bahawa Mbappé telah menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Universitario Sanitas La Moraleja di Madrid.

BACA: Kim Pan-Gon Sah Letak Jawatan Sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya

BACA: Gareth Southgate Dan England ‘Bercerai’

Sumber: CNN

The post Impian Jadi Nyata, Kylian Mbappé Kini Milik Real Madrid appeared first on Siakap Keli.

Selipar Jepun Kini ‘Sandal Trendy’, Dijual Lebih RM5,000 Di Arab Saudi

selipar berharga ribuan ringgit

Selipar Jepun Kini ‘Sandal Trendy’, Dijual Lebih RM5,000 Di Arab Saudi

Jenama terkenal sering kali menerima kritikan apabila mengeluarkan produk yang kelihatan biasa tetapi dijual pada harga yang sangat tinggi. Namun, keadaan ini sudah menjadi kebiasaan dalam dunia perniagaan mewah.

Terbaru, kemunculan sepasang selipar jepun yang dijual dengan harga ribuan ringgit di Arab Saudi telah menarik perhatian dan mengundang pelbagai reaksi warga maya di seluruh dunia.

Menurut laporan dari portal berita Indian Express, sepasang selipar jepun ini dijual di Arab Saudi dengan harga lebih 4,500 riyal (kira-kira RM5,607.75).

Dalam sebuah video yang dikongsi oleh portal Kuwait Inside di laman Instagram, kelihatan sepasang selipar jepun berwarna putih dengan tali dan tapak getah berwarna biru dipamerkan bersama beberapa pasang selipar lain yang berbeza warna.

Selipar jepun yang mempunyai label harga 4,590 riyal (kira-kira RM5,719.91) ini dikeluarkan dari kabinet pameran dan ditunjukkan oleh penjual dengan penuh gaya seperti barangan berjenama.

Selipar tersebut kelihatan mudah lentur dan disertakan tapak yang anjal apabila ditekan, menambahkan lagi keunikan produk mewah ini.

Video tersebut telah menarik pelbagai reaksi dari warga maya yang tidak dapat mempercayai harga tinggi untuk sepasang selipar jepun.

Perbincangan mengenai selipar ini telah menjadi topik hangat di media sosial, dengan ramai yang memberikan pandangan dan reaksi masing-masing terhadap harga yang luar biasa tinggi untuk produk yang kelihatan ‘sederhana’.

View this post on Instagram

A post shared by Kuwait Inside 🇰🇼 | داخل الكويت (@kuwaitinside)

“Kami guna selipar ini di India untuk pergi tandas,” komen seorang warga maya.

“(Selipar) ini bukan untuk dipakai. Ini untuk mak-mak yang dah meluat dengan perangai anak lelakinya,” gurau salah seorang warga maya.

“Jadi selama ini kita guna selipar bernilai 4,500 riyal untuk pergi tandas,” ujar seorang lagi warga maya.

Tidak ketinggalan, warga maya Malaysia juga turut memberikan reaksi menerusi video selipar yang sama dikongsikan oleh salah seorang pengguna X, Jalal Misai.

“Siap tunjuk material guna sarung tangan, picit-picit squishy dia. Tahu lah (orang Arab) banyak duit, tapi benda tu bersepah dekat Malaysia ni,” komen seorang warga maya dari Malaysia.

“Patut lah kalau pakai ke masjid atau surau selalu hilang, mahal rupanya,” seloroh seorang lagi warga maya.

“Rupanya Malaysia ni produk dah ada, salah negara je pasarkan,” ulas seorang warga maya.

BACA: Belajar Tebar Sejak Usia 8 Tahun, Adli Kini Tak Kekok Terbangkan Roti Canai

BACA: Pinggan ‘Bone China’ Boleh Digunakan? Ini Penjelasan Mufti

BACA: Anak Lelaki Terkaya Asia Berkahwin, Kos Majlis Dianggar Cecah Ratusan Juta Dolar

Sumber: Indian Express, Instagram Kuwait Inside, X Jalal Misai

The post Selipar Jepun Kini ‘Sandal Trendy’, Dijual Lebih RM5,000 Di Arab Saudi appeared first on Siakap Keli.

Jururawat Tempatan ‘Lari’ Ke Luar Negara Jadi Punca Lantikan Kontrak Jururawat Asing?

jururawat luar negara

Jururawat Tempatan ‘Lari’ Ke Luar Negara Jadi Punca Lantikan Kontrak Jururawat Asing?

Ditawarkan dengan gaji yang tinggi dan lumayan, ribuan jururawat terlatih di negara kita memilih untuk berkhidmat di luar negara. Ada yang ke Arab Saudi mahupun Qatar demi mendapatkan bayaran hingga ada yang mencecah RM20 ribu sebulan.

Tahun demi tahun, trend ini memberi impak yang negatif kepada sistem kesihatan tempatan di mana negara kita menghadapi masalah kekurangan jururawat terlatih. Malah, menurut Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, terdapat 6,000 kekosongan jawatan jururawat di kementerian tersebut setakat Jun tahun ini.

PERKESO Bekerjasama Dengan Majikan, Perkasa Pengambilan Bakat Tempatan

Bagi mengatasi masalah ini, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kini bekerjasama dengan semua hospital swasta bagi memastikan semua jururawat tempatan mendapat penempatan di fasiliti perubatan terlibat.

jururawat luar negara
Gambar hiasan. (Kredit: Bernama)

PERKESO mengiklankan jawatan diperlukan setiap hospital terlibat selain menapis calon-calon jururawat yang berdaftar di portal MyFutureJobs serta mengadakan karnival kerjaya dan temu duga terbuka.

Malah, PERKESO sentiasa mengutamakan bakat-bakat tempatan dalam mengisi kekosongan jawatan tersebut demi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan di Malaysia.

Bagi merealisasikan matlamat ini, PERKESO telah bekerjasama dengan majikan industri kesihatan tempatan antaranya IHH Healthcare Malaysia bagi mewujudkan peluang pekerjaan serta menyahut seruan kerajaan memperkasa perkhidmatan jururawat tempatan.

Ujar Ketua Jabatan Sumber Manusia IHH Healthcare Malaysia, Ahmad Shahrin Mohamad Nor, mereka telah mengambil kumpulan pertama jururawat asing secara kontrak, namun prioriti tetap diberikan kepada tenaga kerja tempatan.

“IHH Healthcare Malaysia telah menerima kumpulan pertama jururawat terlatih asing pada 2 Julai lalu dan jururawat asing ini adalah pengambilan secara kontrak selama dua tahun bagi mengimbangi masalah kekurangan jururawat terlatih di hospital milik IHH di Malaysia buat sementara waktu.

“Walaubagaimanapun, jururawat tempatan kekal menjadi prioriti sekali gus bergerak sebagai tulang belakang operasi hospital di bawah IHH manakala jururawat terlatih asing akan menjadi pelengkap kepada operasinya di Malaysia dengan nisbah 90 peratus jururawat tempatan dan 10 peratus jururawat asing,” jelasnya.

Gambar hiasan. (Kredit: Freepik)

Tambah beliau, imbuhan gaji buat para jururawat juga adalah setara dengan pengalaman mereka. Pihak IHH juga komited untuk menempatkan 100 peratus jururawat terlatih tempatan secara konsisten dengan kerjasama PERKESO yang disifatkan sebagai kolaborasi yang cekap dan berkesan bagi membantu penempatan jururawat berpengalaman di fasiliti perubatan dalam negara.

“Majikan lain sewajarnya bekerjasama dengan PERKESO sekiranya ingin menawarkan peluang pekerjaan dan menambah tenaga kerja memandangkan perkhidmatan diberikan oleh PERKESO menerusi platform portal pekerjaan nasional MYFuturejobs yang menyediakan platform pencarian pekerjaan melalui kerjasama bersama rakan strategik serta agensi pekerjaan swasta di Malaysia dilaksanakan secara percuma,” katanya.

The post Jururawat Tempatan ‘Lari’ Ke Luar Negara Jadi Punca Lantikan Kontrak Jururawat Asing? appeared first on Siakap Keli.

Wanita Disyaki Racun Lima Orang Sebelum Bunuh Diri – Polis Bangkok

wanita racun lima orang

Wanita Disyaki Racun Lima Orang Sebelum Bunuh Diri – Polis Bangkok

BANGKOK, 17 Julai (Bernama-dpa) — Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Mayat tiga lelaki dan tiga wanita ditemukan pada petang Selasa oleh kakitangan di sebuah suite di Hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok. Pemeriksaan awal di lokasi kejadian tidak menemui sebarang tanda-tanda kekerasan dan rompakan.

Polis berkata dalam satu sidang media pada Rabu bahawa mereka percaya seorang daripada enam pelancong, dua daripadanya juga memegang pasport Amerika Syarikat adalah dalang di sebalik tragedi itu.

Enam maut di bilik hotel dipercayai sebab wanita racun lima orang dengan sianida sebelum bunuh diri

“Kami mengesahkan bahawa seorang daripada enam yang maut menyebabkan kejadian ini dengan menggunakan sianida.

“Kami yakin seorang daripada mereka melakukan jenayah ini,” kata Biro Polis Metropolitan Bangkok, Noppasil Poonsawas.

Keluarga mangsa mengesahkan bahawa terdapat pertikaian mengenai wang.

Polis menemui sisa racun dalam cawan yang ditemui di tempat kejadian dan anggota penyiasat juga mendapati pintu bilik dikunci dari dalam.

Kes ini menarik perhatian ramai di tengah-tengah kebimbangan bahawa imej buruk boleh merosakkan sektor pelancongan penting Thailand, yang baharu sahaja pulih selepas pandemik COVID-19.

BACA: Enam Ditemukan Maut Di Bilik Hotel Disyaki Akibat Keracunan, PM Thailand Arah Siasatan

BACA: “Bantu Kami Bawa Pulang Jenazah Dari Korea Selatan,” – Keluarga Minta Bantuan Bawa Pulang Jenazah Rais Ke Sabah

BACA: Pemandu e-Hailing Dilapor Hilang Sejak Khamis Lalu, Dipercayai Selepas Hantar Penumpang

Sumber: BERNAMA-dpa

The post Wanita Disyaki Racun Lima Orang Sebelum Bunuh Diri – Polis Bangkok appeared first on Siakap Keli.

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan – KP Selangor

26 saksi dirakam keterangan

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan – KP Selangor

HULU SELANGOR, 17 Julai (Bernama) — Seramai 26 saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang mayatnya ditemukan di Kampung Sri Kledang, di sini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata antara saksi yang dirakam keterangan mereka termasuklah rakan Allahyarham Nur Farah Kartini, rakan sekerja suspek dan saksi awam.

“Setakat ini kita percaya suspek yang ditahan merupakan suspek tunggal dalam kes ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi pencarian bahan bukiti di parit berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, di sini hari ini.

Beliau berkata operasi pencarian itu yang turut melibatkan Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Forensik CSI berjaya menemukan satu telefon pintar dipercayai milik mangsa di dalam parit berkenaan.

“Pasukan pencarian berjaya menemukan satu telefon pintar dipercayai milik mangsa yang dipercayai dapat dalam membantu siasatan kes ini.

BACA: Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Polis Jumpa Telefon Pintar

“Operasi melibatkan K9 masih diteruskan di lokasi kejadian manakala Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik, mereka akan mencari di satu lagi lokasi di Perak, kira-kira 20 minit dari lokasi ini,” katanya yang enggan mendedahkan lokasi terbabit.

Mengenai motif kejadian, Hussein berkata seperti dimaklumkan sebelum ini, mangsa dan suspek mengenali antara satu sama lain tetapi sejauh mana hubungan itu pihaknya masih lagi menyiasat sebelum membuat kesimpulan motif sebenar pembunuhan.

Beliau turut memaklumkan reman suspek yang akan tamat Isnin ini kemungkinan akan disambung lagi dan suspek yang juga anggota polis kini ditahan kerja secara automatik.

Sementara itu, Hussein berkata laporan bedah siasat mangsa masih belum diperolehi dan pihaknya masih menunggu keputusan daripada pihak hospital dan makmal.

Mayat mangsa katanya, kini masih di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh dan beberapa prosedur perlu dilakukan termasuk ujian padanan asid deoksiribonukleik (DNA) yang akan dilakukan oleh Jabatan Kimia berikutan pengecaman mayat yang tidak dapat dilakukan secara visual.

BACA: Wanita Disyaki Racun Lima Orang Sebelum Bunuh Diri – Polis Bangkok

“Mayat mangsa akan diserahkan kepada keluarga bergantung kepada ujian padanan asid deoksiribonukleik (DNA) menerusi ibu dan adik-beradik mangsa yang akan dilakukan Jabatan Kimia.

“Saya rasa (mayat) tidak dapat dibawa keluar hari ini, mungkin mengambil masa beberapa hari lagi dan dalam masa sama kita akan meminta Jabatan Kimia percepatkan proses terbabit,” katanya.

Hussein sebelum ini memaklumkan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang Rabu lepas (10 Julai) ditemukan mati di ladang kelapa sawit tersebut pada petang Isnin.

Mangsa yang berasal dari Miri, Sarawak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan.

BACA: Selipar Jepun Kini ‘Sandal Trendy’, Dijual Lebih RM5,000 Di Arab Saudi

Sumber: BERNAMA

The post Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan – KP Selangor appeared first on Siakap Keli.

30 Kes Pokok Tumbang Akibat Ribut Kuat Di Perlis

30 kes pokok tumbang

30 Kes Pokok Tumbang Akibat Ribut Kuat Di Perlis

Sebanyak 30 kes pokok tumbang berlaku di Perlis berikutan kejadian ribut kuat yang berlaku pagi tadi, lapor Astro Awani.

Menerusi maklumat yang diterima daripada pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Perlis, pihaknya telah menerima 30 panggilan berkenaan kejadian pokok tumbang sehingga jam 10 pagi tadi.

Kesemua kejadian membabitkan halangan kepada laluan kenderaan serta menimpa rumah dan kereta.

Kredit: Astro AWANI

Menurut Pengarah APM Perlis, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud, antara kawasan yang terjejas ialah di Beseri di Padang Besar, Arau, Kuala Perlis dan Bintong di Kangar.

“Sekitar jam 8 pagi berlaku ribut di kebanyakan kawasan di Perlis dan angin kencang yang berlaku menyebabkan banyak pokok tumbang serta menimpa premis dan kenderaan yang parkir di beberapa kawasan di negeri itu.

BACA: Selipar Jepun Kini ‘Sandal Trendy’, Dijual Lebih RM5,000 Di Arab Saudi

“Bermula dari jam 8.32 pagi hingga 10 pagi tadi, kita sudah menggerakkan anggota kita di beberapa tempat seperti di Kampung Padang Malau di Beseri, Jalan Padang Nyu dan Kampung Behor Ganchor di Arau, Jalan Bintong di Kangar, Jalan Istana Raja Muda di Padang Besar, Jalan Seberang Ramai dan Jalan Kampung Wai di Kuala Perlis.

“Kita dapati kawasan ini terjejas akibat pokok tumbang selepas dilanda ribut awal pagi ini dan kerja memotong dan membersihkan kawasan masih terus dijalankan oleh kita,” maklumnya ketika dihubungi Astro Awani.

Kredit: Astro AWANI

Mengulas lanjut, beliau berkata, seramai 24 anggota dan tiga pegawai APM dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kangar, Arau, Padang Besar dan Kuala Perlis telah diarahkan ke lokasi kejadian bagi melaksanakan kerja-kerja berkaitan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

BACA: Amaran Ribut Petir: Ribut Kuat Di Perlis, MetMalaysia Beri Amaran Hingga 1 Tengah Hari

Sumber: Astro Awani

The post 30 Kes Pokok Tumbang Akibat Ribut Kuat Di Perlis appeared first on Siakap Keli.