Korean Pop atau K-Pop merupakan antara genre muzik yang mempunyai peminat yang ramai di seluruh dunia, sudah pastinya Malaysia tidak ketinggalan. Ramai anak muda yang meminati K-Pop sanggup berhabisan duit membeli album serta merchandise artis kegemaran mereka.

Terbaru, satu portal hiburan memuat naik gambar Kim Min-gyu yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Seventeen dari Korea Selatan, posting berkenaan bertanya pendapat orang ramai benarkah jejaka Korea lebih kacak berbanding jejaka Malaysia.

Pun begitu, apa yang menarik perhatian ialah ruangan komen posting tersebut di mana kelihatan beberapa orang pelakon Malaysia meninggalkan komen yang membuatkan ramai peminat artis Korea itu triggered.

Artikel penuh: “Tipu semua tu” –  Tular Gambar Atas Pelamin, Sharnaaz Ahmad Nafi Sudah Bertunang

Artikel penuh: “I love Kuching” – Artis Korea Selatan, Rain Diserbu Peminat Ketika Melawat Sarawak

Dalam ruangan komen itu, Sharnaaz Ahmad, Riz Amin serta Erul Samah mengeluarkan kenyataan yang menolak dakwaan bahawa jejaka Korea lebih rupawan.

Cats 6

Malah, Sharnaaz turut berkata lelaki Korea banyak melakukan pembedahan plastik dan disebabkan itu mereka lebih kacak. Selain itu, Riz Amin juga mengatakan mereka yang asli (original) lebih baik.

“Artis Malaysia kenapa macam ni?” 

Ramai peminat K-Pop khususnya memberikan kecaman kepada Sharnaaz Ahmad kerana kenyataannya yang dilihat melampau itu.

Cats1

Hurm, silap lah attack idol…

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *