onana punca tewas

Onana Mengaku Jadi Punca United Tewas Dengan Bayern Munich

Awal pagi tadi telah berlangsung beberapa perlawanan pertama peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Antara perlawanan yang menjadi tumpuan adalah pertembungan Bayern Munich dengan gergasi England, Manchester United.

Perlawanan kumpulan A itu menyaksikan United rebah 4-3 di Allianz Arena. Gol-gol Bayern dijaringkan oleh Leroy Sane, Serge Gnabry, Harry Kane dan Mathys Tel. Rasmus Højlund berjaya menjaringkan gol pertama bersama United dan dua gol lagi dijaringkan oleh Casemiro.

Selepas perlawanan itu, penjaga gol sensasi United, Andre Onana meminta untuk bercakap. “Saya yang bertanggungjawab, saya punca United gagal menang hari ini dan saya jadikan ini sebagai pengajaran.”

BACA: Snapdragon Sah Jadi Penaja Logo Utama Jersi Manchester United Musim Depan

“Banyak saya perlu buktikan disini sebab sejujurnya permulaan karier saya di United tidak terlalu bagus. Saya punca pasukan merudum,” tambah bekas penjaga gol Inter Milan itu.

Antara kesilapan yang jelas dilakukan Onana apabila gagal menampan kemas rembatan Leroy Sane hingga meneyebabkan Bayern menjaringkan gol pertama. Onana menyertai United pada jendela perpindahan baru-baru ini dengan yuran £47.2 juta (RM272 juta) dari Inter Milan.

Sejak menyertai United, Onana mencatat 14 bolos dalam 6 penampilan dan hanya mencatat satu clean sheet. Bersama Inter Milan musim lepas, Onana hanya bolos 36 gol dan mencatat 19 clean sheet dalam 41 penampilan libatkan semua kejohanan.

🔴 André Onana requested to speak after the game…

“It’s my responsibility, because of me we didn’t win — and I have to learn from it”.

“I have a lot to prove, because to be honest my start in Man United is not so good”.

“It was me who let the team down”. pic.twitter.com/5IYeLmY7Fk

— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 20, 2023

Sumber: Fabrizio Romano

The post Onana Mengaku Jadi Punca United Tewas Dengan Bayern Munich appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *