hubungan arab saudi-israel

Normalisasi Hubungan Arab Saudi & Israel Semakin Hampir – Putera Mahkota Arab Saudi

RIYADH — Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman berkata negara itu semakin hampir untuk menormalisasi hubungan dengan Israel, lapor AFP.

Putera Mahkota itu dalam temu bual bersama Fox News turut menafikan bahawa negara itu telah menggantung rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

“Hari demi hari kita semakin hampir,” katanya.

Walau bagaimanapun, baginda turut menjelaskan kerajaan sedang mencari alternatif lain bagi memastikan hak-hak rakyat Palestin kekal terjamin.

“Bagi kami, isu Palestin adalah sangat penting. Kami perlu menyelesaikannya di bahagian itu dan meringankan kehidupan rakyat di sana,” katanya.

BACA JUGA: Padang Pasir Di Utara Arab Saudi Dihampari Bunga Ungu

Meskipun Israel telah menjalinkan hubungan dengan lima negara Arab lain, tetapi hubungan antara negara Arab Saudi dilihat satu pengiktirafan bersejarah dalam diplomasi Timur Tengah itu.

Selain itu, baginda turut memberi amaran bahawa Arab Saudi juga akan mendapatkan senjata nuklear jika Iran melakukannya.

“Kalau mereka ada senjata nuklear, kita juga akan dapatkannya,” tegasnya.

Langkah Keselamatan

Dalam perjanjian bersama Amerika Syarikat, Arab Saudi telah mendapatkan jaminan keselamatan dengan menjalinkan hubungan bersama Israel sebagai satunya-satunya negara senjata nuklear di rantau tersebut.

Mengulas lebih lanjut mengenai kemungkinan pakatan keselamatan, Putera Mahkota atau MBS berkata perjanjian antara Arab Saudi-AS bertujuan mengukuhkan lagi ketenteraan dan ekonomi kedua-dua negara.

Tambah MBS, meskipun Iran menafikan mencari senjata nuklear, tetapi negara berkenaan telah melanggar had yang dipersetujui untuk pencarian Uranium sejak bekas presiden AS, Donald Trump membuat perjanjian antarabangsa 2015 dengan melaksanakan sekatan Program Nuklear Tehran.

Oleh itu, sebarang tindakan yang diambil oleh Iran dalam mendapatkan senjata itu bakal mencetuskan ‘perang seluruh dunia’.

Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken dalam temu bual dengan ABC News berkata normalisasi antara Arab Saudi-Israel akan menjadi “peristiwa transformatif.”

“Sekiranya penyatuan kedua-dua negara ini direalisasikan, ia bakal mewujudkan kestabilan rantau yang kukuh dalam mengintegrasikannya. Ia juga membolehkan rakyat duduk di bawah satu payung,” katanya.

Untuk makluman, Arab Saudi dan Amerika Syarikat mempunyai hubungan dua hala yang baik namun sedikit terjejas dengan kontroversi kes pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi (warganegara AS).

Sumber: AFP

The post Normalisasi Hubungan Arab Saudi & Israel Semakin Hampir – Putera Mahkota Arab Saudi appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *