Nanta sarawak mata wang sendiri

Nanta Linggi Bayangkan Sarawak Mungkin Perkenal Mata Wang Sendiri, Jika Ekonomi Tidak Menentu Malaysia Berterusan

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi membayangkan Sarawak mungkin akan memperkenalkan mata wang sendiri berikutan ekonomi Malaysia yang tidak menentu.

Menurut Sinar Harian, beliau berkata demikian dalam satu siaran podcast khas dengan Bual Studio dan Reka Sound untuk Merdeka dan Hari Malaysia yang bertajuk ”Dari Malaya ke Malaysia: 60 Tahun”.

Jelasnya, ini merupakan antara langkah yang boleh dipertimbangkan jika keadaan ekonomi kurang memberangsangkan ini berterusan.

“Jika ekonomi Sarawak begitu baik namun ekonomi negara sebaliknya, mungkin negeri ini akan mempunyai mata wang sendiri.

“Saya berharap orang ramai tidak menggelarnya pengkhianat negara. Tetapi saya bercakap dengan serius. Jika kita begitu baik dalam membangunkan ekonomi, secara pengiraan ekonomi negara sepatutnya kukuh,” jelasnya.

Beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata pendapatan keseluruhan Sarawak termasuk ekonomi negeri tersebut meningkat.

Bagaimanapun beliau menegaskan analisis penuh dan terperinci terhadap tahap kehidupan rakyat perlu dibuat sebelum melaksanakannya.

BACA: Ingat Benda Sama Rupanya Tak, Ini Beza “Router” Dengan “Modem” WiFi Ramai Tak Tahu

“Jika Sarawak lebih baik daripada yang lain, kenapa tidak (perkenalkan mata wang sendiri)? Ini yang saya cuba tekankan.

“Bagaimanapun, apabila meneliti pendapatan per kapita, ternyata masih terdapat kawasan di mana rakyat terus mengalami kemiskinan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nanta juga menyatakan bahawa Sarawak kini dipimpin oleh pemimpin yang kuat dan berkebolehan.

Jelasnya, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mampu membawa ekonomi negeri itu ke tahap yang lebih tinggi.

Sebelum ini pada Julai, Abang Johari memaklumkan negeri itu diiktiraf sebagai antara berpendapatan tinggi berdasarkan data terkini yang dikeluarkan Bank Dunia.

Menurut Ketua Ahli Ekonomi Malaysia Bank Dunia, Dr Apurva Sanghi, Sarawak kini dianggap sebagai sebuah negeri berpendapatan tinggi.

Hal ini kerana, pendapatan negara kasar (GNI) per kapita bagi negeri tersebut telah melebihi AS$13,205 (RM61,608).

BACA: Guna Dua Bahan Mudah, Ini Cara Matikan Rumput Tanpa Guna Racun

Sumber: Sinar Harian

The post Nanta Linggi Bayangkan Sarawak Mungkin Perkenal Mata Wang Sendiri, Jika Ekonomi Tidak Menentu Malaysia Berterusan appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *