Kerajaan India pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi telah menukar nama negara dengan perkataan sanskrit pada kad undangan yang dihantar kepada tetamu yang menghadiri sidang kemuncak Group of 20 (G20) telah memberikan spekulasi yang nama negara berkenaan akan ditukar secara rasmi.

Droupadi Murmu yang digelar sebagai “Presiden Bharat” berbanding “Presiden India” dalam undangan yang telah dihantar kepada kesemua mereka yang hadir ke G20 baru-baru ini.

Artikel Berkaitan : Selepas Berjaya Mendarat Di Bulan, India Nak Teroka Matahari Pula

Artikel Berkaitan : Sadis! Kronologi Nahas Kereta Api India Ragut 275 Nyawa & Senarai ‘Train Crash’ Lain Yang Berlaku Dalam Sedekad

India akan menjadi tuan rumah pada sidang kemuncak tahunan G20 di New Delhi tersebut dan dijangka bakal dihadiri oleh ramai pemimpin utama dunia termasuklah Presiden USA, Joe Biden dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Negara yang mempunyai lebih daripada 1.4 billion orang tersebut sebenarnya dikenali dengan dua nama iaitu India dan Bharat, tetapi lebih dikenali sebagai India di peringkat antarabangsa dan tempatan. Sementara itu, Hindustan pula perkataan yang digunakan untuk membahasakan negara berkenaan dalam sastera dan sebagainya.

F5Pyjkoayaapdcb

Bagaimanapun, Bharat merupakan bahasa Sanskrit kuno yang dipercayai oleh para sejarawan ada kaitan dengan kitab awal Hindu.

Pegawai Parti Bharatiya Janata (BJP) sayap kanan Modi menyokong perubahan dalam tatanama. Mereka berpendapat bahawa nama India diperkenalkan oleh penjajah British dan merupakan “simbol perhambaan”. British memerintah India selama kira-kira 200 tahun sehingga negara itu mencapai kemerdekaan pada tahun 1947.

BJP telah lama cuba memadamkan nama-nama yang berkaitan dengan Mughal India dan penjajah masa lalu. Kerajaan telah dituduh menjalankan agenda nasionalis yang bertujuan untuk membentuk sebuah negara etnik Hindu daripada India yang sekular berperlembagaan.

New Delhi, dinamakan sempena nama raja Mughal, telah ditukar kepada Jalan Dr APJ Abdul Kalam selepas bantahan daripada pemimpin parti Modi. Tahun lalu, kerajaan juga menamakan semula jalan era kolonial di tengah-tengah New Delhi yang digunakan untuk perarakan istiadat tentera.

Sumber : Al-Jazeera

Sumber: Twitter

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *