Navy Seal Nap

Nak Tidur Sekejap Tapi Puas? Cuba Buat Teknik Navy Seal Nap Ini

Masalah kelesuan di tempat kerja bukanlah suatu perkara yang asing kepada ramai pekerja yang bekerja di ruangan ofis dilengkapi dengan penghawa dingin.

Masalah kelesuan juga sering dikaitkan dengan masalah tidak cukup tidur atau tidur tidak nyenyak.

Ramai pekerja mengambil masa rehat mereka untuk melelapkan mata buat seketika bagi mendapatkan semula tenaga.

Namun begitu, berapa lama tempoh masa yang baik untuk tidur pada siang hari?

Ada kaedah yang sesuai atau mujarab ke untuk tidur pada siang hari?

Bagi mengetahui berkenaan persoalan itu, perkongsian pada hari ini akan berkongsikan berkenaan sejenis teknik yang boleh anda lakukan.

Teknik yang dimaksudkan adalah Navy Seal Nap, di mana ia perlu dilakukan hanya selama lapan minit sahaja.

Menurut bekas Navy Seal, Jocko Willink, tidur siang selama lapan minit adalah tempoh masa yang sesuai untuk berehat.

Tambah Willink, untuk melakukan gaya tidur ini, anda perlu meninggikan kaki anda di atas melebihi paras jantung anda.

Kredit TikTok

Lebih mudah jika anda boleh meletakkan kaki anda di atas objek yang tinggi seperti kerusi dan sebagainya.

Kemudian tetapkan penggera anda selama lapan minit dan selepas tempoh itu anda pasti akan berasa sangat bertenaga.

Menurut jurulatih sains yang diperakui dan Ketua Pegawai Eksekutif di Nolah Mattress, Stephen Light, tidur selama 10 hingga 20 minit adalah masa yang sesuai untuk tidur di siang hari.

Edith Pritchett/the Guardian

“Tidur dengan kaki ditinggikan boleh membantu meningkatkan permulaan dan kualiti tidur kerana ia membolehkan darah mengalir dengan lebih mudah ke seluruh badan,” kata Light.

Selain itu, Light menjelaskan bahawa kesihatan dan kecergasan seseorang individu juga merupakan faktor yang menyumbang kepada tidur siang hari yang berkesan.

Teknik Navy Seal telah diperkenalkan oleh Willink ketika podcast bersama Peter Attia Drive pada tahun 2019 yang lalu.

Kemudian teknik tidur itu telah dilakukan oleh seorang pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai Nick Vitello.

Kredit TikTok

Menurut Vitello, teknik tidur itu adalah suatu perkara yang terbaik pernah berlaku dalam hidupnya.

“Tidur yang terbaik dalam hidup anda. Ia sangat berfungsi,” tulis Vitello menerusi perkongsian video tersebut.

Kata pakar berkenaan teknik Navy Seal

Menurut pakar di Klinik Mayo, tidur siang apabila dilakukan dengan betul boleh memberikan manfaat dan membantu anda berasa kurang letih dan bertenaga.

Ia juga dapat membantu anda kekal produktif jika mengalami kurang tidur pada malam sebelumnya.

Ramai atlet, sebagai contoh akan menunjukkan prestasi yang lebih baik jika mereka tidur sebentar sebelum memulakan perlawanan.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Perkara itu dikemukakan oleh Rebecca Robbins, Profesor dalam bidang perubatan di Harvard Medical School di Boston.

Beliau juga merupakan saintis di Brigham and Women’s Hospital di Harvard Medical School.

“Sungguh luar biasa bagaimana tidur lima minit boleh memberikan anda tenaga yang banyak,” kata Dr tersebut.

Oleh itu, menurut Dr Robbins, teknik Navy Seal itu adalah masuk akal apabila ia dapat membantu mereka yang melakukannya berasa lebih segar dan bertenaga.

@getaheadwithnick

#alwaystired #sleephacks #lifehacks #productivity

♬ original sound – nick_vitello

Sumber: Sleepopolis, The Guardian, Everyday Health, TikTok/@getaheadwithnick

The post Nak Tidur Sekejap Tapi Puas? Cuba Buat Teknik Navy Seal Nap Ini appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *