Naim Daniel bukanlah nama asing dalam industri seni tanah air, bermula sebagai seorang pelakon Naim kini lebih giat mengeluarkan lagu-lagunya yang hit di samping masih berlakon dalam drama siri seperti Project: High Council serta Roxy.

Juga pernah menjulang trofi Anugerah Juara Lagu, Naim baru-baru ini berkongsi dia sudah pun memiliki kekasih hati yang difahamkan seseorang dalam industri.

Artikel berkaitan: Netizen Teruja Tengok Naim Daniel Jumpa Adam Shahz, Dua-dua Pernah Pegang Watak ‘Ayam’

Artikel berkaitan: Persembahan AJL 37 Naim Daniel Dapat Pengiktirafan Malaysia Book of Records

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Menurut laporan Harian Metro, pelantun lagu Sumpah itu tidak mahu mendedahkan sosok yang kini bertakhta dihatinya itu namun dia ada berkongsi karater serta ciri-ciri wanita tersebut.

“Hubungan kami baru saja nak berputik, tapi keluarga kedua-dua belah pihak sudah maklum mengenainya. Saya selesa dengannya kerana kami ada persamaan iaitu memiliki sikap ‘gila-gila’ dan mempunyai pemikiran yang sama.

Dia seorang yang sangat baik, tapi bapa saya nasihatkan supaya jangan terlalu teruja sebab bimbang menangis nanti. Sebab itu saya lebih selesa untuk tidak membicarakan perkara ini terlalu mendalam. Soal percintaan atau perpisahan lebih baik simpan untuk diri sendiri saja,” katanya.

Naim berkata setakat ini dia belum lagi ingin membawa hubungan itu ke fasa seterusnya kerana mereka masih lagi saling mengenali.

“Memang saya ada keinginan untuk berkahwin, tapi bukan sekarang. Banyak benda yang saya kena fikirkan terutama berkaitan dengan kerjaya nyanyian dan lakonan.

Kalau boleh saya ingat menamatkan zaman bujang sebelum usia 30 tahun. Nanti umur dah banyak tapi anak masih kecil lagi. Jika saya nak kahwin atau ada sebarang majlis saya akan beritahu,” kongsinya lagi.

Sebagai info, pernah berlaku satu kontroversi di mana bekas kekasih Naim, Dayana Amerda ingin menuntut hak cipta lagu Sumpah yang dikatakan hasil ciptaan mereka bersama, namun setakat ini pihak Dayana belum dapat kemukakan sebarang bukti kukuh mengenai isu tersebut.

Semoga panjang jodoh Naim dan kekasih!

Sumber: Harian Metro

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *