Seorang bapa tidak menyangka anaknya cedera sehingga mengalami pendarahan pada mata kanan akibat dirotan guru sebuah sekolah menengah di Sungai Ara, Pulau Pinang, semalam.

Mazni Mohamad, 47, berkata anak lelakinya yang merupakan pelajar tingkatan lima ditangkap ketika menghisap vape di dalam kelas ketika guru Sains sedang mengajar.

Artikel berkaitan: Ibu Lapor Polis Anak Cedera Dirotan Guru Besar Gara-gara Tak Siap ‘Homework’

Artikel berkaitan: [VIDEO] Ibu Mengamuk Lepas Anak Mengadu Cikgu ‘Hempuk’ Muka Dengan Buku

Screenshot 2023 09 15 110323

“Anak saya kemudian dibawa kepada seorang ustaz yang dikatakan pembantu guru disiplin untuk tindakan lanjut.

“Anak saya disoal siasat sebelum guru disiplin berkenaan mendakwa dia menipu dan bertindak merotannya.

“Bagaimanapun, rotan tersebut terkena pada bahagian mata kanan sekali gus menyebabkan dia mengalami pendarahan,” katanya.

Guru berkenaan sedar tindakannya mengakibatkan kecederaan selepas anaknya mengadu kesakitan. Pihak sekolah kemudian membawanya ke klinik serta Hospital Balik Pulau untuk rawatan susulan.

Mengulas lanjut, Mazni meluahkan kebimbangan jika berlaku perkara yang tidak diingini akibat tindakan guru terbabit.

“Jika ditakdirkan buta mata anak saya ini, siapa yang nak bertanggungjawab? Saya tahu anak saya buas (nakal) tapi janganlah hukum dia sampai macam tu sekali

“Nak hukum pelajar di sekolah ada hadnya,” ujarnya.

Katanya, buat masa ini keadaan anaknya stabil namun memerlukan pemantauan selama lima hari sebelum doktor memutuskan rawatan lanjut.

Susulan kejadian itu, Mazni akan membuat laporan polis selain dia dan isteri akan berjumpa dengan pihak sekolah untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Sumber: Malaysia Gazette

Sumber: Harian Metro

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *