hael husaini bidang lakonan

“Nak Cuba Perkara Baharu,” Hael Husaini Teruja Ceburi Bidang Lakonan

Sering menjadi tumpuan ramai dengan hasil karya nyanyian dan perwatakannya, Hael Husaini meluahkan keterujaan kerana kini bergelar seorang pelakon, lapor Astro Gempak.

Memegang gelaran sebagai penyanyi selama 17 tahun, sudah tentu ia merupakan satu medan baharu buatnya dan bakal mendapat tumpuan.

“Saya ingin mencuba perkara baharu dalam industri seni dan lakonan merupakan cabang yang belum saya ceburi. Ini membuatkan saya teruja.

“Saya sanggup untuk menjalani kelas lakonan hanya untuk drama My Famous Ex Boyfriend yang ditawarkan oleh pihak Astro ini,” katanya.

Dalam drama My Famous Ex Boyfriend, arahan Hadith Omar, Hael bakal memegang watak Haque Zuhal.

Gambar: Instagram Hael Husaini

Tambahnya, bukan satu halangan buat dirinya dalam merealisasikan drama itu meskipun jadual penyanyi Jampi itu sentiasa padat.

“Hael telah menolak pelawaan beberapa pengarah sebelum ini, namun terpanggil dan bersetuju untuk menerima tawaran ini kerana kesesuaian watak yang diberikan dengan diri Hael sendiri,” ujarnya.

BACA JUGA: Pertama Kali Dalam Hidup, ‘The Rock’ Teruja Kongsi ‘Nikmat’ Berbekam

Penyanyi berusia 36 tahun itu juga berdebar menantikan respon daripada peminat mengenai lakonan sulungnya.

My Famous Ex Boyfriend

Drama My Famous Ex Boyfriend merupakan adaptasi daripada salah satu novel terlaris di pasaran iaitu Petrichor hasil karya Nurul Syahida Kamarudin.

Drama ini mengisahkan Sameera yang menjadi kekasih kepada Haque Zuhal yang merupakan remaja kegilaan ramai perempuan namun hubungan tersebut putus di tengah jalan.

Gambar: Instagram Hael Husaini

Antara nama-nama lain yang membintangi drama ini adalah Nadhir Nassar dan Qasrina Karim. My Famous Ex Boyfriend arahan Hadith Omar bakal ditayangkan dalam slot Megadrama di Saluran Astro Ria.

Terdahulu, penampilan penyanyi itu dalam TikTok Awards Malaysia 2023 mencuri perhatian ramai.

Bukan sekadar itu, Hael turut menghiburkan orang ramai dengan persembahan pada malam anugerah berkenaan.

Namun, paling mencuri tumpuan adalah penampilanya dengan wajah baharu serta gaya rambut Mullet yang membuatkan ramai terpegun. Apatah lagi Hael cukup sinonim sebagai seorang yang gemar berfesyen.

Sumber: Astro Gempak

The post “Nak Cuba Perkara Baharu,” Hael Husaini Teruja Ceburi Bidang Lakonan appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *