naik mrt farm fresh

Naik MRT Pergi Ke Ladang Farm Fresh UPM, Ini Caranya

Ladang lembu Kundasang sudah sinonim dengan panggilan ‘New Zealand Malaysia’. Para pelancong bukan sahaja disajikan dengan pemandangan bukit yang menghijau, malah mereka juga dapat melihat lembu-lembu yang dilepas bebas di ladang yang luas terbentang.

Namun, tahukah anda dengan hanya menaiki pengangkutan awam di Semenanjung Malaysia, anda juga dapat merasai pengalaman yang seakan-akan di sana?

Kali ini SK sajikan perkongsian seorang pengguna X yang dikenali sebagai Yon (@Amrlamnnn), tentang cara untuk ke Ladang Farm Fresh UPM atau Ladang Tenusu Pusat Kecemerlangan Industri (ICOE) di Serdang, Selangor.

Ladang ini merupakan hasil kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Farm Fresh Milk Sdn. Bhd. dalam membangunkan Pusat Pelancongan Agro.

“Melalui pakej ini pengunjung boleh merasai pengalaman berada di sebuah ladang tenusu serta menikmati elemen agrotourism terutamanya aktiviti rekreasi seperti ‘petting zoo’ dan menikmati pelbagai jenis makanan yang berasaskan susu dan ternakan,” kata bekas Naib Canselor UPM, Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Ideris, yang dipetik dari laporan berita UPM.

Cara menaiki pengangkutan awam untuk berkelah di Ladang Tenusu ICOE

Bagi anda yang tidak biasa dan kurang arif dengan perjalanan pengangkutan awam, anda boleh mulakan perjalanan dari KL Sentral.

Dari KL Sentral, anda perlu berjalan kaki mengikut tanda arah untuk ke MRT Muzium Negara.

Pesanan dari SK, trust the process.

Perjalanan untuk ke MRT Muzium Negara memang agak jauh sedikit dan mungkin akan timbulkan rasa panik andai anda tersalah jalan.

Jangan risau, selagi anda melalui kawasan berbumbung yang bersambung dari bangunan KL Sentral hingga ke stesen MRT, tandanya anda di jalan yang benar.

eskalator mrt muzium negara
Eskalator tinggi ini penanda anda tiba di stesen MRT Muzium Negara. Kredit Yon.

Setibanya di stesen MRT Muzium Negara, anda perlu turun ke platform yang menghala ke arah Kajang untuk ke stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX).

“Dari Muzium Negara awak pergi ke arah laluan (ber)warna kuning,” pesan Yon melalui ciapan tersebut.

Setibanya di MRT TRX, turun dan tukar laluan MRT ke arah Putrajaya di Platform 3.

platform 3 laluan putrajaya ke ladang tenusu upm
Platform 3 Stesen MRT TRX ke Arah Putrajaya. Kredit Yon.
MRT TRX untuk ke UPM
Pintu menunggu di Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX). Kredit Yon.

MRT di Platform 3 akan membawa anda ke stesen Universiti Putra Malaysia (UPM).

pintu keluar A
Keluar stesen MRT melalui Pintu A. Kredit Yon.

Setibanya anda di stesen UPM, anda perlu menuruni eskalator di Pintu A untuk menaiki bas perantara RapidKL Jom Naik MRT bernombor T568.

naik mrt farm fresh
Naik Bas RapidKL bertulisan Jom Naik MRT untuk ke UPM. Kredit Yon.

BACA: “Pantai Bersih, Pasir Halus,” Lelaki Kongsi Keindahan “Hidden Gems” Di Pulau Pangkor

Menurut perkongsian Yon, anda akan melalui 11 perhentian sebelum tiba ke perhentian Farm Fresh @ UPM. Dari situ, anda hanya perlu berjalan kaki sedikit untuk sampai ke Ladang Tenusu ICOE.

Harga tiket masuk hanya RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun. Masuk percuma bagi empat tahun dan ke bawah.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk anda sekeluarga dan rakan-rakan antaranya berkelah di ladang tenusu ini sambil makan ais krim yang diperbuat dari susu segar.

Beberapa orang netizen turut berkongsi pengalaman mereka di sana.

“Seronok kalau bawak budak! Pasal dia tunjuk lembu. Ada haiwan kecil atau haiwan ternakan, ada serangga, ada kereta api budak-budak boleh naik,” kongsi seorang netizen.

“Lembu tengok dari jauh je, tapi kalau kambing boleh pegang,” ujar seorang netizen lagi.

Jika anda hendak berkelah di ladang tenusu ini, pastikan anda rancang perjalanan mengikut cuaca dan waktu operasi. Ladang ini boleh dilawati setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 5 petang, kecuali hari Isnin.

Bagi SK, pengalaman dapat melihat haiwan ternakan dari jarak dekat dalam kawasan bandar memang sesuatu yang mengujakan. Selamat menjelajah!

https://x.com/Amrlamnnn/status/1798662366340825397

Sumber: X @Amrlamnnn, UPM

BACA: Kena Tahu Beza Sunat & Wajib, Peserta Korban Tak Boleh Ambil Daging Dalam Keadaan Ini

The post Naik MRT Pergi Ke Ladang Farm Fresh UPM, Ini Caranya appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *