Lipas merupakan antara serangga perosak yang ramai orang takut dan geli, lebih-lebih lagi kalau tiba-tiba je lipas tu terbang. Memang lari tak cukup tanah sebab takut lipas tu hinggap dekat kepala. 

Kali ini, seekor lipas telah menjadi perhatian gara-gara ia melekat di luar tingkap kapal terbang, dipercayai dalam keadaan yang masih hidup kerana dapat dilihat dalam video yang dikongsikan bahawa badannya masih bergerak.

Video lipas tersebut telah dikongsikan di Twitter baru-baru ini dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Video yang berdurasi selama tujuh saat itu dipercayai juga telah dirakam oleh penumpang pesawat dan dalam video juga, dapat dilihat pesawat itu sedang terbang di atas awan.

9 3

Jadi, ramai yang kagum kerana lipas itu dilihat masih panjang umur walaupun berada di ketinggian tersebut, lapor Sinar Harian.

Difahamkan juga, pada ketika itu, pesawat sedang dalam perjalanan ke Ningbo dari Shibaoshan, China.

Nasib baik juga lipas tu kat luar tingkap, kalau kat bahagian dalam, nampaknya ramai penumpang yang akan menjerit ketakutan. 

Sumber: Sinar Harian 

Baca: “Lipas tu comey” – Netizen Geli Hati Tengok Gelagat Adik Ini Sayang Lipas

3Lipas

Sumber: Twitter

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *