elmina data cvr

Nahas Elmina: Data CVR Pesawat Berjaya Diekstrak

PUTRAJAYA, 29 Ogos (Bernama) — Data perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas berjaya diekstrak di makmal Florida, Amerika Syarikat, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata data tersebut diesktrak Pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dengan bantuan pihak makmal pengilang peralatan asal (OEM) CVR iaitu L3Harris apabila voice data daripada perakam itu berjaya diperoleh semula.

“Data tersebut berjaya dimuat turun. Jadi semua rakaman suara dalam pesawat itu, terutama 30 minit terakhir termasuk sehingga nahas berlaku, berjaya dimuat turun,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Loke berkata rakaman audio tersebut telah dihantar kepada pasukan siasatan di Malaysia untuk dianalisa dan laporan awal dijangka dikeluarkan dalam tempoh dua minggu lagi.

“Jadi semua rakaman suara tersebut daripada dua juruterbang itu akan dianalisis sebaik mungkin, dan juga apa yang berlaku dalam kokpit dapat dijadikan bahan siasatan untuk mengenal pasti apakah punca berlakunya nahas terbabit,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Cedera Dalam Nahas Elmina, Klinik Sahkan Tak Buka Kutipan Derma Untuk Oyen

The post Nahas Elmina: Data CVR Pesawat Berjaya Diekstrak appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *