Baru-baru ini, negara dikejutkan lagi dengan berita nahas kemalangan jalan raya yang melibatkan lima buah kenderaan di Segamat sehingga mengorbankan enam beranak.

Dalam kejadian pada petang Jumaat itu, kemalangan telah berlaku melibatkan lima kenderaan iaitu sebuah Proton Wira, Perodua Bezza, Perodua Alza, Honda HRV serta lori membawa pasir.

2 1

Difahamkan, nahas berlaku setelah lori pasir tiba-tiba hilang kawalan dan gagal membrek sebelum melanggar belakang kereta Honda HRV dan Proton Wira.

Lori yang membawa muatan pasir itu pula kemudiannya merempuah sebuah Perodua Alza yang dinaiki keenam-enam mangsa sekeluarga selepas lori itu memasuki laluan bertentangan.

Mangsa-mangsa nahas tersebut ialah Amir Ruddin Ismail (46 tahun) iaitu pemandu Perodua Alza beserta isteri dan anak-anak iaitu Norahimah Noor Muhamad (43 tahun), Fatimatulzahrah (17), Seri Khadijah (13), Rufaidatul Asyariyah (10) dan Muhammad Assyakrawi (5 tahun).

Manakala seorang lagi mangsa iaitu Abdullah Amir Ruddin yang juga penumpang kereta Alza pula sedang dirawat di Hospital Segamat.

1 1

Apa yang lagi menyedihkan apabila Norhayati Noor Muhammad iaitu kakak kepada arwah Norahimah berkata kepada media bahawa kali terakhir dia bertemu dengan keluarga adiknya itu ialah pada hujung minggu lalu ketika majlis perkahwinan adik bongsu mereka di rumah ibu mereka di Muar, lapor Harian Metro.

Ketika majlis tersebut, Norahimah bergurau dia mahu mengambil gambar beramai-ramai agar gambar tersebut boleh dijadikan kenangan jika ada salah seorang dari adik-beradiknya yang pergi terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, Norhayati berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan tidak menyangka dengan kejadian yang menimpa adiknya sekeluarga itu. Namun, tetap reda dan turut mengakui kejadian ini adalah dugaan terberat dalam keluarganya.

Sama-sama kita doakan agar keluarga mangsa akan dikuatkan semangat untuk menempuh saat-saat sukar ini. 

Sumber: Harian Metro

Baca: Nahas Elmina: Waris ‘Food Rider’ Terima Pencen Bulanan Perkeso RM1,894.75 Mulai September

Ft Keluarga Nahas Elmina Food Rider

Sumber: Buletin TV3
Sumber: mStar

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *